Senarai barang yang perlu dibawa ke UITM dll

Holiday Decor. Christmas is coming soon

Assalamualaikum. Jadi disebabkan tak lama lagi aku kena sambung study ke UITM kampus Jasin Melaka , perasaan nak kemas barang rasa berkobar-kobar. Untuk elakkan barang tertingaal aku cadangkan korang buat checklist barang yang kena bawa. Janganlah pula korang pergi bawa semua barang yang ada dekat rumah tu. Dibuatnya dapat kolej tinggat atas , tak ke naya namanya tu.


Paradise 💕

Jadi kita mulakan dengan apa yang penting sekali. Kalau korang tak bawa , memang korang menangis lah dekat situ.

VVIS (Very very important stuffs)

1) Surat tawaran UITM. - (4 copy.) Kalau tak silap lah. Tapi lagi bagus print 5/6 helai.
2) Gambar passport. - (12/13 keping) . Gambar memang penting sebab nanti korang kena tampal gambar tu masa pendaftaran . 
3) Sijil SPM & etc
4) Salinan IC sendiri, ibu dan bapa yang dah disahkan
5) Borang medical checkup
6) IC, Duit, dan segala barang yang patut ada dalam dompet


Kelengkapan bilik tidur.

1) Cadar & sarung bantal
2) Bantal (kena bawa sendiri)
3) Selimut, stokin
4) Iron
5) Sejadah
6) Telekung
7) Hanger dengan sepit baju
8) Botol air
9) Karpet kecil


Oreo cupcakes

Makanan. 

1) Makanan ringan. Korang wajib bawa. Percayalah cakap aku yang korang akan sentiasa lapar terutamanya tengah malam.
2) Roti dan nutella .Untuk breakfast kan. Tak pun masa malas nak turun pergi cafe.
3) Meegi atau bubur. 
4) Air mineral - Yang ini memang wajib ! Baik suruh parents korang beli satu kotak air. Senang. 



add a caption


Pakaian.


1) Pakaian yang dibawa perlu ikut sahsiah diri. Boleh tengok panduan yang korang dah print.
2) Stokin untuk perempuan. Wajib. Siapa yang tak pakai stokin tu masa mds korang diwajibkan pakai jadi siapkan awal2. Tapi sebagai wanita Islam memang kita diwajibkan menutup bahagian kaki.
3) Tuala muka . Yang ini memang aku sentiasa bawa. Senang nak lap peluh atau tengah berhingus tahap kalau tergelak mesti keluar.
4) Baju sukan. Kalau UITM baju warna putih.
5) Kasut sukan dan kasut sarung. 
6) Selipar toilet.
7) Towel/ Sanitary pads
8) Tudung/ kerongsang/ anak tudung
9) Segala macam seluar. Yang ketat dilarang ok. Berdosa
10) Baju kurung. 
11) Waktu MDS UITM selalu suruh pakai pakaian hitam putih. Alah pakai je baju sekolah dulu. Beli kain warna hitam atau navy blue. Lain lah kalau korang memang budak Law.

- | via Tumblr

Barang peribadi

1) Sabun mandi
2) Berus gigi / ubat gigi
3) Sikat/deodarant/ketip kuku
4) Pencuci muka/baldi/shampoo
5) Segala macam mekap . Kalau korang pakailah
6) Spek mata. Jangan lupa bawak kalau korang ni mata rabun .


amazing

Barang lain

1) Minyak angin
2) Laptop .
3) Notebook 
4) Payung
5) Ubat bagi yang ada penyakit
6) Handbag.
7) Padlock dengan kunci
8) Tali untuk letak kunci. Supaya senang nanti tarik je keluar dari handbag.
9) Cotton bud/tisu/wet tissue.
10) Tong sampah/plastik/surat khabar lama
11) Pinggan/mangkuk/cawan/sudu garpu/ sabun dan berus cuci pinggan
12) Heater. Nak buat meegi. Boleh kongsi
13) Penyangkut yang boleh gam kat dinding, Boleh sangkut tudung/kunci.


Okk. Tamat lah sudah. Kalau rasa tak cukup tambahlah sendiri. Pastikan ramai yang akan tolong ankut barang

Book Review [ Mudahnya menjemput rezeki]




Kadang2 kita doa minta Proton dapat Mercedes. Ada pula doa dapat mercedes tapi dapat proton. Dan ada tidak dapat kedua2 nya. Kita berdoa bukan kerana nak Allah makbulkan apa kita minta. Kita berdoa kerana Allah suruh. Allah adalah raja dan kita adalah hamba. Kita berdoa kerana berdoa adalah ibadah. .

Kadang2 kita bersungguh2 berdoa. Sudah berbulan2 kita berdoa. Malah ada yg bertahun namun masih belum Allah kabulkan. Janganlah gusar. Allah yang Maha Bijaksana lebih mengetahui bila masa yang paling tepat untuk memakbulkan doa kita. Boleh jadi Allah tangguhkan kerana:


1) Kita belum bersedia2) Jika diberi akan mendatangkan mudarat pd kita.3) Adakah kita benar2 ikhlas, fahami apa dipohon dan tidak tergesa2?



Secara keseluruhannya saya memang suka buku ni. Ada sesetengah bab yang kadang2 buat diri tersentap tapi dengan cara yang baik. 

Product Review [ Lips crubs Rixcahh]


Disebabkan hari ni tak banyak kerja kena buat dan nak kutip order, jadi saya ambil kesempatan ni nak review satu product iaitu lip scrubs ! Tau tak rupa libscrub kalau kita letak di bibir macam mana? Ok macam ini haa.


Nampak macam manis kan? Memang manis sebab bahan-bahan lip scrub ni daripada bahan yang dijamin halal dan selamat. Dah namanya bahan yang selamat , jadi tak perlu risau kalau tertelan sikit lip scrub tu. Cuma saya tak galakkan lah. Jangan pula kau pergi tenguk benda tu sampai habis. Hahaha. Lip scrub Rixcahh ada 3 perasa dan paling saya suka frustasia. Bau nya macam sirap pun ada.


Product: Lips scrub Rixcahh.
IG Rixcahh : http://instagram.com/rixcahh

Sebelum ni saya guna bubblegum dulu sebab warna pink kan, my favourite uolss. Tapi tak berapa nampak sangat . :( So hari ni saya tukar pula pakai frustasia. Dia punya bau semerbak wangi betul. Yang ini memang best sekejap je dah nampak kesan kat bibir.

Kebaikan lip scrub.

1) Dapat tanggalkan kulit terkopek dekat bibir tanpa perlu koyakkan. Maksudnya tanggalkan kulit mati .
2) Lip scrub dapat buat bibir macam warna pink sikit. Bergantung pada bibir masing-masing lah kan.
3) Bibir kita jadi lebih lembab.
4) Boleh guna tanpa was-was. Maknanya kalau tertelan tak pa.
5) Boleh pakai untuk lelaki juga. Bagi sental kuat sikit. Tapi jangan sental macam sental bontot kuali pulak.

Cara-cara guna lip scrub Rixcahh.

1) Masuk bilik air dan basahkan bibir sikit. Ambil lip scrub dan sapu di bibir. Jangan ambil sekali banyak pula ye. Benda ni manis dan kalau boleh janganlah tumpah. haha

2) Gosok perlahan macam dalam gambar. 

3) Biarkan beberapa minit. Dan cuci dengan air. Nak lagi cantik pakai lip balm ye.

4) Dan boleh terus pergi berlagak dengan adik2 korang macam saya buat. Haha.

Perbezaan antara bubblegum(atas) dan frustasia (Bawah). 

Product: Lips scrub Rixcahh.
IG Rixcahh : http://instagram.com/rixcahh

Nanti update diy lip scrub bagi yang rajin buat. Bagi yang pemalas macam aku tak payah. Beli je terus.










Tips berpuasa bagi yang ada penyakit GASTRIK !



Assalamualaikum guys. Kenyang dah? Di sini aku nak kongsi serba sedikit mengenai tips berpuasa bagi yang Gastrik macam aku. Korang jangan risau gastrik datang waktu bulan puasa ni sekiranya korang ikut tips2 ni.
Insyaallah.


1)   Pakar Gastroenterologi telah bersepakat bahawa sakit perut semasa bulan puasa bukan disebabkan gastrik tapi tabiat pemakanan semasa berbuka. Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat supaya perut tidak mengalami kejutan.


2)   Pesakit perlu mengenal pasti makanan yang mengandungi kafein, minuman berkarbonat, makanan pedas, berlemak kari dan minuman keras. Ketika berbuka elakkan mengambil pemakan tersebut untuk mengurangkan rembesan jus usus dengan banyak.


3)   Jangan sesekali meninggalkan waktu bersahur.


4)   Cara terbaik untuk berbuka ialah memulakannya dengan memakan kurma, buah2 ataupun kuih. Tunaikan solat Maghrib dan selepas itu barulah makan makanan berat.


5)   Sekiranya anda mengambil ubat antibiotik. Pastikan anda habiskan ubat tersebut walaupun sakit telah hilang.


Hendak tahu apakah simptom2 gastrik? Jangan lupa beli majalah Anis keluaran Julai Bil 203 ;)

#Saya perlukan pandangan korang. Urgent !



Disebabkan Jumaat depan budak asasi ada dinner jadi aku ambik keputusan untuk beli jubah. This is my first jubah selama aku hidup haha. Bukan aku tak pernah mintak ibu beli tpi alasan ibu :

" akak pendek sangat susah nak carik size"

Dan aku admit that my mom was right. Sangat susah bila jadi hobbit ni. Saiz paling kecik pun 36 dan masih lagi mengelebah ke bawah. Ohh ye, aku perlukan opinion korang nak pakai jubah ni dengan kaler ape sebab aku tak pernah2 pakai baju kaler macam ni. Yang aku dpt pikir sekarang tudung 2 tone pink+itam. Korang rasa?



" Bukan aku tak nak beli yang banyak batu tapi terpikir macam mana nak cuci nanti."