Tips berpuasa bagi yang ada penyakit GASTRIK !



Assalamualaikum guys. Kenyang dah? Di sini aku nak kongsi serba sedikit mengenai tips berpuasa bagi yang Gastrik macam aku. Korang jangan risau gastrik datang waktu bulan puasa ni sekiranya korang ikut tips2 ni.
Insyaallah.


1)   Pakar Gastroenterologi telah bersepakat bahawa sakit perut semasa bulan puasa bukan disebabkan gastrik tapi tabiat pemakanan semasa berbuka. Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat supaya perut tidak mengalami kejutan.


2)   Pesakit perlu mengenal pasti makanan yang mengandungi kafein, minuman berkarbonat, makanan pedas, berlemak kari dan minuman keras. Ketika berbuka elakkan mengambil pemakan tersebut untuk mengurangkan rembesan jus usus dengan banyak.


3)   Jangan sesekali meninggalkan waktu bersahur.


4)   Cara terbaik untuk berbuka ialah memulakannya dengan memakan kurma, buah2 ataupun kuih. Tunaikan solat Maghrib dan selepas itu barulah makan makanan berat.


5)   Sekiranya anda mengambil ubat antibiotik. Pastikan anda habiskan ubat tersebut walaupun sakit telah hilang.


Hendak tahu apakah simptom2 gastrik? Jangan lupa beli majalah Anis keluaran Julai Bil 203 ;)