Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ticker

SENARAI BARANG YANG PERLU DIBAWA KE UiTM MELAKA KAMPUS JASIN

Assalamualaikum. Jadi disebabkan tak lama lagi aku kena sambung study ke UITM kampus Jasin Melaka , perasaan nak kemas barang rasa berkobar-kobar. Untuk elakkan barang tertinggal aku cadangkan korang buat checklist barang yang kena bawa. Janganlah pula korang pergi bawa semua barang yang ada dekat rumah tu. Dibuatnya dapat kolej tingkat atas, tak ke naya namanya tu.

Jadi kita mulakan dengan apa yang penting sekali. Kalau korang tak bawa, memang korang menangis lah dekat situ.

VVIS (Very very important stuff)

1) Surat tawaran UITM.
Buat 4 copy. Kalau tak silap lah. Tapi lagi bagus print 5/6 helai.

2) Gambar passport. 
Gambar memang penting sebab nanti korang kena tampal gambar tu masa pendaftaran. Perlukan dalam 12 keping. Lebih banyak lebih bagus. Sepanjang sem 1 memang banyak nak guna gambar tau.

3) Sijil SPM & etc
Ori dan salinan. Pastikan sijil salinan tu sudah disahkan terlebih dahulu.

4) Salinan IC sendiri, ibu dan bapa yang telah disahkan.
Sama seperti salinan sijil.

5) Borang medical checkup.
Bawa borang medical checkup sebelum ni. Pastikan lengkap dan tiada yang tertinggal. Xray pun bawa sekali.

6) IC, duit, dan segala barang yang patut ada dalam dompet.
 Aku nak ingatkan UiTM Melaka Kampus Jasin ni jauh dari bandar dan mesin atm hanya ada satu. Jadi baik korang bawa duit cukup-cukup sebab banyak buku yang korang kena beli nanti.

7) Segala kelengkapan yang patut bawa. Ada diberi dalam surat.
Ada checklist diberikan untuk korang print. Jadi ikutlah apa yang korang nak bawa.


Kelengkapan bilik tidur.

  • Cadar & sarung bantal.
  • Bantal.
  • Selimut, stokin.
  • Iron.
  • Sejadah.
  • Telekung.
  • Hanger dengan sepit baju.
  • Botol air dan air sendiri. Dekat UiTM Melaka Kampus Jasin ada disediakan mesin air tapi kena bayar.


1) Makanan ringan
Korang wajib bawa. Percayalah cakap aku yang korang akan sentiasa lapar terutamanya tengah malam. Dalam seminggu ada 2 kali pasar malam jadi cafe akan tutup masa tengah hari. Kalau korang jenis bangun lambat memang jenuh nak tunggu pasar malam.

2) Roti dan nutella.
Untuk breakfast kan. Tak pun masa malas nak turun pergi cafe.

3) Air mineral
Yang ini memang wajib ! Baik suruh parents korang beli satu kotak air. Senang. Air memang ada dijual dekat cafe tapi takkan korang nak beli kalau haus tengah malam kan?

--------------------------
Pakaian.


1) Pakaian yang dibawa perlu ikut sahsiah diri. 
Boleh tengok panduan yang korang dah print. Untuk yang masuk UiTM Melaka Kampus Jasin dan ambil course DPIM, korang boleh baca selanjutnya dekat post ni bahagian pemakaian. ( KLIK SINI)

2) Stokin untuk perempuan
Wajib. Siapa yang tak pakai stokin tu masa mds korang diwajibkan pakai jadi siapkan awal2. Tak kisah korang ni jenis pakai stokin atau tidak, masa mds memang kena pakai juga. Warna gelap atau kulit. 

3) Tuala muka . 
Yang ini memang aku sentiasa bawa. Senang nak lap peluh atau tengah berhingus tahap kalau tergelak mesti keluar.

4) Baju sukan. 
Kalau UiTM Melaka Kampus Jasin baju warna putih lengan panjang untuk perempuan dan lengan pendek berkolar untuk lelaki.

5) Kasut sukan dan kasut bertutup. 
Kasut sukan kena pakai masa mds dan masa turun ladang waktu petang. Kasut bertutup pula memang sentiasa wajib pakai kalau tak memang korang kena saman.

6) Selipar toilet.
Selipar toilet ni bergantung pada kolej masing-masing tapi kalau dekat Kampus Jasin toilet disediakan dalam rumah.

7) Towel/ Sanitary pads

8) Tudung/ kerongsang/ anak tudung. 
Semasa MDS semua wajib pakai tudung kecuali untuk non muslim. Jadi korang yang free hair tu sediakan tudung awal-awal nanti takda lah susah nak pinjam orang lain punya. 

9) Seluar
Berkenaan seluar pula UiTM memang tak boleh pakai jeans sebab itu pakaian kasual tapi tengok kampus juga. Contoh macam DPIM, korang boleh je pakai sebab bila turun ladang korang wajib pakai jeans. Yang ketat dilarang keras. Berpotensi untuk disaman. 

10) Baju kurung. 
Sama juga dengan seluar. Tak boleh ketat, jarang dan terbelah sana sini. Waktu MDS UITM Melaka memang selalu pakai pakaian hitam putih. Alah pakai je baju sekolah dulu. Beli kain warna hitam atau navy blue untuk perempuan. Kalau lelaki baju putih, lengan panjang dan berkolar.


--------------------------
Barang peribadi
  • Sikat/ deodarant/ ketip kuku/dll
  • Pencuci muka/ baldi/ shampoo
  • Segala macam mekap. 
  • Spek mata.
  • Ubat ubatan.
  • Minyak angin
  • Laptop .
  • Notebook 
  • Payung
  • Ubat bagi yang ada penyakit
  • Handbag.
  • Padlock dengan kunci
  • Tali untuk letak kunci. Supaya senang nanti tarik je keluar dari handbag.
  • Cotton bud /tisu/ wet tissue.
  • Tong sampah/ plastik/ surat khabar lama
  • Pinggan/ mangkuk/ cawan/ sudu garpu/ sabun dan berus cuci pinggan
  • Heater. Nak buat meegi. Boleh kongsi
  • Penyangkut yang boleh gam kat dinding, Boleh sangkut tudung/kunci.

Okk. Tamat lah sudah. Kalau rasa tak cukup tambahlah sendiri. Pastikan ramai yang akan tolong angkut barang tau.

LAST UPDATE: 23/1/2020

Catat Ulasan

0 Ulasan