Pengalaman Sem 1 Diploma Perladangan Dan Agroteknologi Uitm Melaka Kampus Jasin (DPIM)

Pengalaman sem 1 Diploma Perladangan dan Agroteknologi Uitm Melaka Kampus Jasin (DPIM)

Alhamdulillah . Akhirnya aku dah habis semester 1 untuk Diploma Perladangan dan Agroteknologi (DPIM) . Banyak benda yang aku belajar sebenarnya sepanjang aku berada kat  sini. Walaupun tak da lah jauh mana dari Negeri Sembilan but you will know when you get here. Aku belajar menghargai benda walaupun hanya benda yang sangat simple dan tak berbaloi bagi orang lain.

But sebelum tu ni yang aku study for the whole 1 semester.

  • CTU 101 – Pendidikan agama
  • CHM 138 – Basic Chemistry
  • ELC120 – English
  • MAT 112 – Business math
  • AGR 122 – Plant Science
  • AGR 160 – Field Practical
  • HBU – Kokurikulum 

Part paling mencabar dan berjaya buat aku menangis sebab banyak benda segala benda aku uruskan sendiri , aku pergi jumpa staff dan pegawai sana sini. Atas sebab sebelum ni aku ada dapat 2 tawaran iaitu Diploma Pengurusan Perladangan dan Agroteknologi dan Pengurusan Perpustakaan. So I terima untuk DPIM , atas masalah technical pendaftaran aku ditangguhkan dulu but at least aku kenal dan aku tau kena jumpa pegawai mana kalau aku ada problem dan aku sangat2 berterima kasih sebab ada je yang sudi dok melayan kerenah aku sampai mereka pun dah boleh ingat nama aku , selalu jumpa punya fasal. Aku suggest kalau korang kena masalah yang sama just chill and rilex sebab pegawai kat situ memang laju buat kerja. And on top of that korang akan belajar erti kesabaran dan please jangan menangis macam aku haha.
Masa pembahagian kelas, aku tengok nama aku takda . So masuk lagi ofis dan akhirnya aku kelas paling last dan paling tak ramai student. Ada 16 orang termasuk aku. Problem solved ! Tapi maslaah lain timbul pulak sebab aku tak jumpa dan tak tau mana kelas aku, siapa classmate aku dan apa yang aku patut buat ni . Yang lain dah masuk kelas. Tanya senior semua tak tau. Fedup aku terus balik kolej dengan panas teriknya. Haha ! Ni pun jangan contohi tau .  Another problem solved. Tapi paling tak boleh blah sebenarnya kat sini terkenal dengan monyet dan aku boleh tak sedar monyet ni ada kat sebelah aku. Nak lari tapi perjalanan tersekat sebab pakai baju kurung hahaha masalah2.
Untuk field practical ni sebenarnya korang kena masuk ladang dan tanam sayur sayuran. Dan special bagi orang macam aku yang tak pernah dan geli dengan tanah korang kena jugak dan wajib pegang tanah. Perasaan bila tanaman korang dah mula tumbuh , tengok dia membesar atau layu(macam aku punya) semua ada. Supervisor aku selalu ingatkan yang kita ni hanya boleh tanam dan jaga tapi kita kena ingat yang tumbuhkan, hidupkan sayur kita ni hanya Dia  . 


Pakaian untuk masuk ladang.

  •      Baju lengan panjang ( Tak kecik, tak ketat , tak jarang
  •     Jeans. (Bukan skinny atau sendat atau lengging. Kena besar sebab nanti  nak mencangkul atau buat senaman pagi senang.
  •      Stoking ( Bukan baby socks. Pakai je stoking sekolah)
  •     Sport shoes ( Elok beli warna gelap sebab aku beli warna terang macam highlight and dah kena tanah
  •     Tudung ( WAJIB PAKAI TERMASUK UNTUK YANG FREE HAIR ! Non – muslim je yang tak perlu pakai)


Peralatan yang perlu dibeli. (Bergantung pada SV masing-masing)

1)      But (Macam phua chu kang tapi warna hitam)
2)      Gloves ( Nanti tangan tak luka)
3)      Topi jerami

4)      Mini tools


 Last aku nak bagitau yang aku enjoy duduk sini.  Next post: Planter's Camp



Pengalaman sem 1 Diploma Perladangan dan Agroteknologi Uitm Melaka Kampus Jasin (DPIM)



10 comments:

  1. Salam..
    Akak..boleh saya tanya.. masa spm..akak aliran sains ke dulu?

    Auni dapat DPIM ni. Untuk makluman akak..
    Auni dari aliran sastera..


    ReplyDelete
  2. Akak.. macam mana pembelajaran dia erk? Susah sangat ke senang je?
    Majoriti subjek kena guna pemikiran ke utk jawab? Ke main hafal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auni pergi mana2 pun sama je belajar. Cuma nak dengan tak nak je. Ladang ni belajar semua benda dari bio sampai akaun. Untuk sem 1 -3 senang je dah masuk 4 dgn 5 mmg susah jugak

      Delete
  3. haii.. nk tnya bole. kos DPIM ni berapa sem??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada 6 sem. Yang sem ke 6 kena pergi praktikal. Tapi sekarang rasa dah lain sikit

      Delete
  4. hai akak,saya pun student uitm jasin. kos fpa jugak

    ReplyDelete
  5. akak aliran sastera pun bole ambik ke kos ni walupun tak ambik akaun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai je dulu kawan saya tak pernah langsung ambil akaun:)

      Delete