Parcel spicy ramen dah dapat daripada GA Bajuwarnacoklat & Sponsor


Alhamdulillah. Setinggi tinggi terima kasih diucapkan kepada Bajuwarnacoklat dan sponsor. <3



Sebenarnya aku dah lama nak beli spicy ramen ni. Kiranya sebelum ni aku pernah makan sepeket. Tu pun orang bagi aku sebab kesian :( . Dipendekkan cerita hari tu aku pergi cari dekat mall hampa betul bayang ramen ni pun tak nampak. Okk so aku carik lah yang dalam cup punya, sampai ke hujung tempat sayur aku cari habuk pun takda. Aku pun balik lah rumah dengan meegi lain.


Kebetulan aku nampak ada orang post pasal GA ni. Aku pun join je lah dan tup-tup aku menang. Tak sangka aku memang sedangkan ramai yang join. Boleh dikatakan aku ni jarang antara yang bertuah dapat hadiah.

Tapi betul orang kata. Rezeki tak pernah salah alamat. Kalau kita perlukan dan betul-betul nak insyaallah akan jadi milik kita. Kalau kita betul-betul perlukan sesuatu percayalah cakap aku walau macam mana cara pun kau akan dapat.






Post kali ni pendek je. Nanti aku update hadiah dari ga lain pulak ye.

2 comments: