Cara dapat FREE SAMPLE bedak pixy.


Assalamualaikum semua, Siapa yang terlebih excited tengok tajuk entri ni memang sah lah korang #teamsukafree macam aku. Asalkan ada giveaway atau free sample laju je aku masuk. Dapat tak dapat belakang kira lah kan asalkan kita cuba.


Ini sample yang aku dapat. Entah bila aku daftar diri nak dapatkan sample ni pun aku tak ingat. Rasa lama juga lah sampai aku sendiri lupa pasal sample bedak Pixy ni. :p . Masa mula-mula aku dapat sumpah excited gila sebab dapat free bedak kan. Sekali aku buka alahai comel je bedak ni. Nak gelak pun ada sebab aku ingatkan dapat bedak saiz biasa tu. Hahaha memang tak sedar diri betul. Dah bagi free nak saiz besar pulak kan.



Fungsi sample ni sama je macam bedak biasa cuma saiz dia comel lote tau. Jujur aku bagitahu yang aku belum cuba pun lagi sebab aku tengah tunggu muka elok sikit baru lah boleh tepek bedak sana sini kan hehe.Sebenarnya kalau korang request free sample bedak pixy ni kan korang berpeluang dapat RM200 beautybox dengan syarat korang bagi testimonial dekat page Pixy Malaysia. 

Kalau korang nak free sample ni jom ikut step kat bawah ni.

1) Bukak fb korang dan search Pixy Malaysia.



2) Klik Pixy Pilihanku & klik permohonan sampel Pixy.


3) Isi semua details yang diminta.


Dan tunggu barang korang sampai. Siapa dah pernah cuba cuba komen sikit kat bawah ni.

3 comments:

  1. Tak pernah tahu pulak boleh dapat free sample. Nanti nak try lah. Hahaha walaupun kecik je. Anyway, salam perkenalan ye :)

    ReplyDelete