MENANG HADIAH DARIPADA CAHAYA PETUNJUK + review


Assalamualaikum. Hi hari-hari update pasal hadiah takut ada pulak muntah belahak baca post ni haha. Alhamdulillah. Rezeki daripada Allah tak pernah putus untuk aku. Alright kali ni hadiah daripada Cahaya Petunjuk yang aku menang dekat Facebook. Nak kata giveaway bukan. Contest pun bukan. Kiranya Cahaya Petunjuk bagi hadiah ni atas menghargai followers dia , dan aku salah seorang daripada followers tu. Mana nok jumpa orang bagi hadiah penghargaan dekat followers yang memang ramai menggila tu. Hehe.


Nak dijadikan cerita aku dah lama bagi alamat dekat CP dengan harapan dapatlah tracking number sebab aku duduk kolej dan tracking number tu sangat penting untuk aku pastikan barang tu dah selamat sampai dekat pejabat. TAPI ! Aku tengok yang CP post semua hadiah menggunakan setem dan sampul surat biasa. Ahh sudah macam mana ni. Bukan aku tahu pun barang aku sampai belum.


Makanya aku tawakal dan berharap aku hanya perlu pergi sekali sahaja ke pejabat kolej. Kalau rezeki aku barang dah sampai baguslah. Selepas peristiwa hari tu, aku dalam proses nak pulangkan kunci bilik dan something happened yang membuatkan aku kena pergi lagi sekali ke pejabat untuk setelkan masalah tu. Masa tu pula baru aku perasan yang fail penerimaan barang dah ada dekat kaunter dan aku pun ambil lah kesempatan nak tengok kot dah sampai barang aku. Dan aku perasan hadiah tu sampai minggu lepas dan hanya aku sorang je tak tuntut lagi haha.


Inilah hadiah yang aku dapat tu. Buku Murahnya menjemput rezeki yang aku menang daripada Cahaya Petunjuk (CP) tapi dalam versi mini which is memang sangat mini macam buku yassin. Terharu sungguh aku dapat hadiah gini siap pakej semut lagi kehkeh :p


Buka je buku ni siap ada ucapan ikhlas daripasa CP. Lagilah buat aku haru biru baca ucapan ni. Sebenarnya aku memang jenis suka bila aku dapat hadiah ada jugak ucapan dalam tu. Yang aku hitamkan tu nama aku , terpaksa hitamkan sebab nanti terkantoi siapakah orang di sebalik post yang merepek ni. Tapi aku bersyukur juga yang aku tak dedahkan siapa diri aku yang sebenar sebab sebelum ni kecoh pasal satu post yang aku buat. Mengenai peristiwa tu aku dah mula menulis tapi masih dalam draft lagi, nanti-nanti lah aku post ye.


Walaupun buku ni halus dan kecil, isi kandungan sangat padat dan berkualiti. Banyak juga penulisan yang buat aku tersentap dan aku nak share bagi orang lain tersentap juga. Salah satu ayatnya ialah antara sebab rezeki susah masuk adalah sebab mengumpat keburukan orang lain atau sekiranya perkara tu benar sekalipun masih dikira berdosa juga. Haaa ambik engko sentap tak?! Haha


Ini antara amalan yang yang boleh diamalkan kalau nak menjemput duit masuk dengan deras macam air terjun. Terbeliak mata aku baca menderma sampai RM400 :P . Selain daripada menderma duit, kita juga memberi orang lain makan , mengajar dan menyebarkan ilmu yang kita ada atau buat macam apa yang CP buat iaitu beri hadiah pada orang ramai. Nanti kalau ada yang nak bagi hadiah jangan lupa dekat aku pulak ye.



Sampai sini sahaja post aku untuk kali ni. Macam biasa aku akhiri dengan promote insan yang baik hati menghadiahkan aku buku ini. Cepat-cepat lah follow mana tau CP akan beri lagi hadiah untuk masa akan datang dan yang pasti aku takkan ketinggalan untuk join :P


FACEBOOK: CAHAYA PETUNJUK atau boleh search Nur Hidayah binti Hassan
PAGE:            CAHAYA PETUNJUK OFFICIAL PAGE




4 comments:

  1. Alhamdulillah.. Rezeki ini..
    Bahan bacaan yang bagus..
    semoga murah rezeki yang memberi..

    ReplyDelete
  2. alhmdulilah rezeki Allah.. bahan bacaan yang bermanfaat..

    Unni singgah n follow sini yerr :) ty singga blog Unni

    ReplyDelete
  3. Tahniah best tu dpt hadiah buku berilmiah sgt membantu. Tak rugi baca

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sudi singgah d blog sis JM. Ini kunjungan balas je

    ReplyDelete