Shin Ramyun noodle soup


Assalamualaikum.

Akhirnya kebah juga demam ramen Samyang setelah aku dilarang untuk makan ramen tu lagi. Ceh. Tapi yang pasti aku tak kan tahan kepedasan ramen tersebut. Sebelum ni aku pernah update pasal ramen Samyang tu dan kepada sesiapa yang rasa nak baca bolehlah klik ----> (sini) (sana) (situ)


Post kali ni aku nak cerita pasal Shin Ramyun noodle soup yang baru pertama kali aku jumpa dekat Giant. Yang uniknya Shin Ramyun ni daripada mee segera yang ada di pasaran adalah bentuknya yang bulat. Agak-agak dapat bayang tak rupanya macam mana? Terus aku cari tanda halal dan terpampang besar logo halal dekat packet Shin Ramyun. Tunggu apa lagi, masuk lah dalam troli.


Aku pun mula lah rebus air dan belek-belek packet tu , aku perasan ada tulis gourmet spicy. Mungkinkah kepedasan Shin Ramyun sama tinggi dengan Samyang? Kalau betul mana aku nak tibai air sejuk dekat kolej ni? 



Nak tak nak aku kena makan juga lah sebab dah bukak plastik ni. Nahhh! Nampaknya betapa bulatnya Shin Ramyun ni? Nasib baiklah muat dalam bekas aku kalau tak kena lah pecah-pecahkan. Perisa yang aku ambil ni lebih kurang macam kari tapi bau sebijik Samyang. Harap-harap lah rasa tak pedas mana kan. Dalam Shin Ramyun ada disediakan sayur kering dan perisa sekali. AKu letak sikit je perisa tu takut terlampau pedas dan rupa-rupanya rasa Shin Ramyun biasa macam meegi kari. haha. Aku pun tabur lah semua perisa tu dalam bekas. Kalau nak tahu, Shin Ramyun mee ni boleh tahan tebal jugaklah dan puas makan untuk seorang. 


Ada idea lagi ramen apa yang sedap? :)