Resipi Murtabak.


Assalamuaikum harap semua sihat selalu. 

Pejam celik pejam celik dah nak dah bulan Ramadhan iaitu bulan yang sangat aku tunggu-tunggu. Selain daripada dapat menguruskan badan aku juga tak sabar nak beli makanan yang hanya ada pada bulan puasa haha. Tapi kalau jenis yang rajin masak dan mencuba apa salahnya buat sendiri kan? 

Antara makanan kegemaran aku ialah murtabak. Memang setiap hari akan beli murtabak ni dan kadang-kadang aku beli dekat kedai yang berlainan sebab nak juga merasa orang lain masak. Ada yang jual murtabak daging, murtabak kosong, murtabak mini, murtabak meegi dan murtabak cheese. Harga yang ditawarkan pun berbaloi dengan rasa yang sedap.

Gambar ihsan daripada google.


Bawah ni aku sediakan resipi Murtabak yang biasa kita makan tu.

Mula-mula sekali buat kulit murtabak dulu.

1) 4 cawan tepung gandum.
2) 2 biji telur.
3) Marjerin atau Planta.
4) 3 sudu kecil gula.
5) 2 sudu kecil garam.
6) Air.

  • Mulakan dengan mencampur semua bahan yang diperlukan dan uli sampai lembut. Kalau rasa macam doh masih melekat dekat tangan tu tambah tepung sedikit demi sedikit. Jangan tuang semua nanti keras.
  • Selepas selesai uli doh korang biarkan dia rehat kejap dalam 15 minit dan uli buat kali terakhir.
  • Buat bentuk bulat dan jangan lupa untuk sapu planta atau marjerin supaya doh tak melekat dan biarkan satu malam.
Cara buat inti murtabak.

  • Tumis bawang besar (2 biji), halia serta bawang putih(4 biji) yang dah dipotong dadu. 
  • Masukkan daging (ikut suka nak berapa gm) serta garam dan gula. 
  • Biarkan inti sejuk sekejap.
Cara masak doh.

  • Sapu minyak sikit dan tebar doh tadi dan tarik sikit tapi jangan sampai terkoyak pulak. 
  • Masukkan inti tadi dan tutup balik dohh tu.
  • Biarkan masak buat seketika.

So aku nak bagitahu dekat LAZADA ada sediakan banyak barang yang diperlukan untuk masak murtabak ni kalau korang tak tahu nak beli barang ni dekat mana. Tidak lupa juga dengan Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) daripada May 19 sampai 30 June ( diskaun sehingga 90%!). 

1) Planta.
2) Non-stick Frying pan.

3) Susu pekat manis.

4) Minyak masak.



1 comment:

  1. wah! time buln puasa nanti mesti mengidam nak murtabak. kalau dapat buat sendiri, mesti lagi best...

    all the best ya!

    ReplyDelete