Showing posts with label DPIM. Show all posts
Showing posts with label DPIM. Show all posts

Pengalaman SEM 4 + drama DPIM Diploma Perladangan Dan Agroteknologi Uitm Melaka Kampus Jasin (DPIM)


Pengalaman Sem 4 DPIM Diploma Perladangan Dan Agroteknologi Uitm Melaka Kampus Jasin (DPIM) 

Assalamualaikum. Berakhir juga semester 4 ni walaupun rasa macam perit sangat dengan subjek yang sangat susah. 

Semester ni boleh dikatakan majority assignment group sampaikan aku rasa pening gila nak pilih grup members yang TAK PEMALAS & TAK CAKAP BELAKANG.

Macam biasa lah aku mulakan dengan setiap subjek yang aku belajar untuk semester ni.

1) ENTOMOLOGY.

All about insects. Mula daripada maksud insects tu sendiri dan berakhir dengan cara-cara nak atasi. Aku memang jenis yang sangat takut dengan serangga. Tengok pun aku geli inikan pula nak pegang ! 

Assignment pula terbahagi kepada dua. Assigment pertama individu. Yang kedua pula group. Untuk individu aku kena lukis serangga mengikut order yang diberi , ada dalam 20 lebih jugak lah. Bayangkan macam mana aku nak lukis serangga tu sedangkan aku ni memang bodoh gila bab melukis. Last nya aku tekap je guna laptop. Korang ambil je kertas A4 dan carik gambar lukisan untuk insect. Terangkan cahaya dekat laptop dan kau letak je kertas a4 tu dekat laptop. Confirm dapat tekap punya.

Yang kumpulan pula aku kena cari serangga yang hidup lepas tu matikan dalam killing jar , cucuk letak dalam insect box & cari information pasal serangga tu. Kiranya yang group ni lah paling aku kecewa sebab dapat member yang pemalas dan ego melangit. Ento juga ada lab setiap minggu. Salah satu lab report yang aku buat adalah lukis bahagian kaki. 


2) SOIL.

Semester lepas memang ada belajar Soil. Tapi kali ni aku belajar tentang problematic soil. Assignment kali ni kena buat video mengikut kretiviti kumpulan tu sendiri. Senang cerita aku memang tak reti soil, apa yang aku baca pun payah betul nak paham. :( Tapi alhamdulillah kali ni dapat juga carry marks antara yang tertinggi walaupun blur sentiasa dalam kelas :p Yang pasti aku tak meniru ye. Semua usaha sendiri.


3) INDUSTRIAL RELATION (IR).

Subjek ni lebih kurang sama dengan Human Resource dan assignment yang diberi juga kumpulan. Cari surat khabar, keluarkan isi penting, cara mengatasi, hantar dan present. Kiranya masa ni group aku kena sabotaj dengan budak kelas. Tapi takpa aku anggap ini semua ujian dan harap Allah balas perbuatan diaorang satu hari nanti sama ada cash atau akhirat sana. :) Walaupun kena sabotaj, group aku tetap dapat markah tinggi :)


3) HUMAN RESOURCE (HR). 

Lebih kurang sama macam IR. Cuma subjek ni banyak buat presentation dan boleh dikatakan hampir setiap soalan yang ditanya aku main belasah aja dengan muka confident. Confident level tu kena tinggi, salah ke tak belakang kira tapi nampak sangatlah lecturer aku tau sebab pernah cakap "betul ke?" . BTW i got A for this subject keh.


4) BASIC AGRICULTURAL ENGINEERING.

Berdasarkan tajuk memang dah boleh tangkap ni subjek apa. Aku belajar pasal enjin bermula daripada benda basic iaitu jenis-jenis alatan tangan sampailah kira-kira. Subjek ni pun aku blur-blur katak dan selalu otak aku melepet bila duduk dalam kelas, mungkin sebab subjek ni aku tak minat macam aku minat IR dengan HR.

Dalam kelas aku majority dah ada lesen jadi diaorang memang faham setiap inci enjin yang lect terangkan. Cuma masa ni memang nampak guys seronok dan fokus dalam kelas. Aku? Menguap je.


5) COST & MANAGEMENT ACCOUNTING.

Sama macam akaun semester lepas juga tapi kali ni lagi best dan asgmnt pun makin payah. Bersyukur sangat dapat group members yang rajin dan paling penting pandai, kalau tak payah lah weyh nak harap otak aku je. Lama-lama cair. A juga dalam tangan.


6) AGRICULTURAL RESEARCH METHODS.

Subjek statistik adalah yang paling aku tak suka sebab chapter yang terlampau banyak dan banyak anak-anak chapter. Mula-mula okay je aku buat lama-lama aku sendiri keliru mana satu jalan kerja mana satu formulanya. Akhirnya aku kecundang tapi tak fail. Cuma sedih je lah sebab subjek lain semua B+ sikit lagi nak A tapi statistik ni emmmm. Tapi Alhamdulillah untuk apa yang aku dapat. Salah sendiri sebab tak pandai nak manage masa dan suka melilau tak tentu arah.



DRAMA YG DIBESAR- BESARKAN

Akhirnya dan sampai penghujung juga entri aku ni setelah berbulan lamanya duduk dalam draft sahaja. Ohh ye pasal drama tu sebenarnya bermula dengan entri aku yang lepas pasal pengalaman aku dari Semester 1-3 . Dah nama pun pengalaman mestilah aku tulis apa yang jadi dan nampaknya ada yang "butthurt"  dengan apa yang ditulis sedangkan tak sebut nama sesiapa pun dalam entri tu. 

Majority entri pasal pengalaman lepas tak merujuk pada mana-mana individu atau kumpulan pun(kecuali entri ni) . Peliknya aku entri ni dibaca oleh someone daripada kampus lain, disebar-sebarkan sampai jadi viral dan berita ni sampai dekat aku sebab ada someone yang cerita. Lol. Rupanya ramai yang "butthurt" pasal entri aku tu, diaorang ingat aku bercerita pasal betapa tak best nya diaorang ni sedangkan aku menulis tentang keadaan diri aku sendiri. Sampaikan ada yang bertanya dan nak cari siapa pemilik blog ni tapi nasib lah batch aku sendiri backup walaupun aku tak dikenali. 



OHH yeah btw KG dengan MT kerohanian pesan, supaya sebut pasal diaorang dalam entri aku. Okk pesanan korang dah diterima dan aku dah sebut. :) Terima kasih kepada KG dan batch sendiri sebab backup aku walaupun korang tak tahu siapa sebenarnya aku.

Pengalaman Sem 3 DPIM Diploma Perladangan Dan Agroteknologi Uitm Melaka Kampus Jasin (DPIM)


Pengalaman Sem 3 DPIM Diploma Perladangan Dan Agroteknologi Uitm Melaka Kampus Jasin (DPIM)


Assalamualaikum and hye :)

Akhirnya aku dah habis semester 3 DPIM. Sumpah aku kecewa dengan sem kali ni. 

Masuk semester baru sekali 2 kelas dibubarkan tanpa notis. Mula-mula aku terkejut jugak lah kan dan pelajar untuk kedua-dua kelas macam orang sesat cari info tanya sana sini. Jawapan masing-masing sama. Dua kelas terakhir ni digunakan untuk budak repeat subjek. Batch aku makin sikit dan itu pun salah satu sebab kelas dibubarkan.

Kami pun macam orang asing masuk kelas orang lain. Daftar sana sini. Sampai bergaduh dengan budak kelas lain sebab kami masuk kelas diaorang. Tapi aku berjaya masuk kelas yang sama untuk semua subjek dan kawan-kawan aku kelas untuk setiap subjek semua lain.


TAPI !!!!

Dekat sini aku listkan subjek yang korang akan ambil untuk semester 3 dpim ok. :)


1) ACC 100 ( AKAUN) - Korang akan ada assgmnt macam korang buat kat sekolah dulu (aliran akaun). Subjek yang boleh dikatakan susah kalau korang main-main dan tak fokus dalam kelas. Masa buat asgmnt tu pilihlah kawan yang rajin bukan yang pemalas sampai kau rasa nak tumbuk.


2) AGR 113 (EKONOMI) - Subjek senang lah jugak berbanding subjek lain.


3) CTU 211 ( AGAMA) - Pergh ni susah ! Bagi yang tak suka membaca macam aku. Confirm mengantuk masa dalam kelas.


4) ELC 230 (ENGLISH) - Tang ni korang ada writing. Ye lah! Writing yang kena buat karangan tu! Haha . Jangan ingat habis sekolah tak buat karangan :P


5) HBU 131 (KOKURIKULUM) - Aku ambil kesatria negara. Dapat A- beb ! Entah apa aku buat pun aku tak tau. Seronok tau ! Lagi-lagi coach dekat Jasin memang sporting gila.


6) AGR 262- (MAJOR CROPS) - Subjek kedua susah nak mampus ! Korang belajar pasal 4 tanaman utama iaitu PADI,  KOKO,  KELAPA SAWIT dengan getah (tak ingat) . Bukan sebab aku nyanyuk tapi sebab aku benci subjek ni. Tu je. :P




7) AGR  161 ( SOIL SCIENCE) - Gila bapak susah nak mampus subjek ni. Antara subjek yang paling ramai student fail setiap semester. Aku tak tahu berhantu sangat subjek ni sampai susah sangat nak lulus. But I managed to get C+ untuk final. Nasib baik kau! 



Aku merahkan dua subjek terakhir sebab korang kena buat betul-betul !! Subjek ni sangat susah dan semester 4 nanti ada sambungan nya lagi hahaha.

Pengalaman Sem 3 DPIM Diploma Perladangan Dan Agroteknologi Uitm Melaka Kampus Jasin (DPIM)

End Of Semester 2 DPIM (Projek)



Akhirnya tamat juga semester 2 yang sangat tough ni. Semester kali ni tak ada subjek mengira jadi kerisauan bateri calculator dapat dielakkan. Makin naik semester makin banyak projek dan duit habis digunakan.




Selain tu kitaorang ada pergi field trip selama 1 hari. Tapi field trip ni ada projek juga yang sedang menanti. Trip pertama kitaorang pergi Taman Botani. Projek untuk Taman Botani adalah berkaitan dengan subjek landscape. Jadi merayau lah kitaorang dekat Taman Botani ni , snap gambar dan selfie sikit-sikit. 
IMG_20150912_120425
Taman Botani


IMG_20150912_114015
Taman Botani

C360_2015-09-12-11-10-09-369

Dan akhirnya 2nd trip ke Fruit Farm Melaka. Masa ni badan dah letih. Masuk dalam bas terus lelap . Nak buat macam mana hati nak balik rumah tapi projek masih belum siap lagi. Dekat sana pula kitaorang kena tengok penyakit pokok dan kenal pasti penyakit jenis apa . 

IMG_20150912_165620_HDR

IMG_20150912_155812

IMG_20150912_174627

Dekat sana kitaorang wajib tangkap gambar setiap penyakit yang menyerang pokok, buah ataupun daun. Dalam group aku, masing-masing ada tugas sendiri. Yang pasti aku tak kan catit info yang diberikan sebab aku ni jenis yang cepat sangat mengelamun. Jadi aku ditugaskan untuk tangkap gambar dan masa tu juga aku dapat fon baru, memang seronok gila kentang ler.


DPIM Planter's Camp . Diploma Pengurusan Ladang Dan Agroteknologi Uitm

Untuk pelajar sem 1 , kitaorang wajib ikut satu camp yang dinamakan Planter's Camp. Perasaan aku masa tu mestilah tak suka, rimas and of course benci. Yelah sebab aku ni bukan jenis yang kuat dan suka ber - 'camping' . Aku ni hanya jenis yang suka menghadap laptop dan duduk rumah je. Kadang-kadang pun kuat  berangan senang cerita aktiviti berpeluh ni memang aku tak suka. So berbalik pada cerita tadi, Planter's Camp ni dibuat selama 2 hari 1 malam  dan diadakan di sekitar kawasan Uitm jugak.


Untuk hari pertama kitaorang dah kena bayar denda disebabkan ada salah seorang yang tak jujur dan tak ikut kumpulan yang diberi. Masa tu aku rasa geram nak bagi pelempang je dekat siapa yang menipu tu. Fyi, kitaorang mengamal kan 1 perkara iaitu Unity yang maksud bersatu lah kan. Jadi kalau sesiapa yang buat hal walaupun seorang , 1 batch akan bertanggungjawab dan kena. Haha :p .

Screenshot%2B(11)
DPIM Planter's Camp . Diploma Pengurusan Ladang dan Agroteknologi Uitm 



Antara aktiviti yang dijalankan untuk malam tu ialah malam tunjuk perasaan. Lelaki dan perempuan diasingkan & kitaorang diberi 1 situasi iaitu , semua perempuan merupakan pekerja pada lelaki dan akhirnya memberontak sebab gaji tak bayar, kalau bayar pun lambat dan tak cukup. So kitaorang diminta untuk selesaikan problem ni. Pergh aku cakap malam tu "bergaduh" macam hapa tapi of course lah berlakon je kan. Kau jangan ingat budak ladang tak pandai berlakon. Haha. 


Ehhhh aku lupa yang sebelum part "bergaduh" , kitaorang kena cari pasangan masing-masing dan "gaduh" lah dengan diaorang pulak. Lantak lah nak "gaduh" pasal apa takda sapa nak marah. Aku dengan member aku "gaduh" pasal loghat sebab aku tak paham dia cakap apa. Dia Terengganu, aku pulak N9 memang sah lah aku tak paham langsung sebab sebelum ni dia cakap biasa je. Malam ni pulak keluar segala loghat ganu dia tu hahaha. 

Korang bayangkan 1 batch "gaduh" sama sendiri tapi serius memang enjoy dan kitaorang dilarang untuk gelak dan senyum. Kecoh betul malam tu dan semua orang gaduh gelak gaduh gelak. Supervisor pulak jalankan tugas diaorang ambil baldi , isi air dan simbahhhh ah apa lagi. Terkejut aku kena simbah tiba2. Dah lah aku ni jenis yang cepat sejuk. So malam tu aku "bergaduh" sambil menggigil-gigil.
Screenshot%2B(8)
DPIM Planter's Camp . Diploma Pengurusan Ladang dan Agroteknologi Uitm
Screenshot%2B(9)
DPIM Planter's Camp . Diploma Pengurusan Ladang dan Agroteknologi Uitm 

Masa makan pun kena disiplin. Macam korang nampak pinggan kena selari dan semua kena sama-sama. Selagi pinggan tak selari dan lurus, jangan harap lah dapat makan minum. Sebelum makan pula wajib tunggu semua duduk dan ajak lect, SV dan kawan-kawan makan. Masa ni aku tahu yang kitaorang diajar supaya beradab dan hormat pada orang lain.



Screenshot%2B(10)
DPIM Planter's Camp . Diploma Pengurusan Ladang dan Agroteknologi Uitm

Banyak lagi aktiviti. Dah nama pun camp. But i think sampai sini jelah :)