Showing posts with label kampus Jasin. Show all posts
Showing posts with label kampus Jasin. Show all posts

Pengalaman Sem 3 DPIM


Assalamualaikum and hye :)

Akhirnya aku dah habis semester 3 DPIM. Sumpah aku kecewa dengan sem kali ni. TERSANGAT-SANGAT KECEWA!

Masuk semester baru sekali 2 kelas dibubarkan tanpa notis. Mula-mula aku terkejut jugak lah kan dan pelajar untuk kedua-dua kelas macam orang sesat cari info tanya sana sini. Jawapan masing-masing sama. Dua kelas terakhir ni digunakan untuk budak repeat subjek. Salah satu sebab juga batch aku makin sikit dan itu pun salah satu sebab kelas dibubarkan.

Kami pun macam orang asing masuk kelas orang lain. Daftar sana sini. Sampai bergaduh dengan budak kelas lain sebab kami masuk kelas diaorang. Tapi aku berjaya masuk kelas yang sama untuk semua subjek dan kawan-kawan aku kelas untuk setiap subjek semua lain.




TAPI !!!!

Dekat sini aku listkan subjek yang korang akan ambil untuk semester 3 dpim ok. :)


1) ACC 100 ( AKAUN) - Korang akan ada assgmnt macam korang buat kat sekolah dulu (aliran akaun) . Subjek yang boleh dikatakan susah kalau korang main-main dan tak fokus dalam kelas. Masa buat asgmnt tu pilihlah kawan yang rajin bukan yang pemalas sampai kau rasa nak tumbuk.


2) AGR 113 (EKONOMI) - Subjek senang lah jugak berbanding subjek lain.


3) CTU 211 ( AGAMA) - Pergh ni susah ! Bagi yang tak suka membaca macam aku. :P


4) ELC 230 (ENGLISH) - Tang ni korang ada writing. Ye lah! Writing yang kena buat karangan tu! Haha . Jangan ingat habis sekolah tak buat karangan :P


5) HBU 131 - (KOKURIKULUM) - Aku ambil kesatria negara. Dapat A- beb ! Entah apa aku buat pun aku tak tau. Seronok tau ! Lagi-lagi coach dekat Jasin memang sporting gila.


6) AGR 262- (MAJOR CROPS) - Subjek kedua susah nak mampus ! Korang belajar pasal 4 tanaman utama iaitu PADI,  KOKO,  KELAPA SAWIT dengan ________ (tak ingat) . Bukan sebab aku nyanyuk tapi sebab aku benci subjek ni. Tu je. :P


7) AGR  161 ( SOIL SCIENCE) - Gila bapak susah nak mampus subjek ni. Antara subjek yang paling ramai student fail setiap semester. Aku tak tahu berhantu sangat subjek ni sampai susah sangat nak lulus. But I managed to get C+ untuk final. Nasib baik kau! 


Aku merahkan dua subjek terakhir sebab korang kena buat betul-betul !! Subjek ni sangat susah dan semster 4 nanti ada sambungan nya lagi hahaha.

End Of Semester 2 DPIM (Projek)



Akhirnya tamat juga semester 2 yang sangat tough ni. Semester kali ni tak ada subjek mengira jadi kerisauan bateri calculator dapat dielakkan. Makin naik semester makin banyak projek dan duit habis digunakan.



Selain tu kitaorang ada pergi field trip selama 1 hari. Tapi field trip ni ada projek juga yang sedang menanti. Trip pertama kitaorang pergi Taman Botani. Projek untuk Taman Botani adalah berkaitan dengan subjek landscape. Jadi merayau lah kitaorang dekat Taman Botani ni , snap gambar dan selfie sikit-sikit. 
IMG_20150912_120425
Taman Botani

IMG_20150912_114015
Taman Botani

C360_2015-09-12-11-10-09-369

Dan akhirnya 2nd trip ke Fruit Farm Melaka. Masa ni badan dah letih. Masuk dalam bas terus lelap . Nak buat macam mana hati nak balik rumah tapi projek masih belum siap lagi. Dekat sana pula kitaorang kena tengok penyakit pokok dan kenal pasti penyakit jenis apa . 
IMG_20150912_165620_HDR

IMG_20150912_155812

IMG_20150912_174627

DPIM Planter's Camp . Diploma Pengurusan Ladang Dan Agroteknologi Uitm

Untuk pelajar sem 1 , kitaorang wajib ikut satu camp yang dinamakan Planter's Camp. Perasaan aku masa tu mestilah tak suka, rimas and of course benci. Yelah sebab aku ni bukan jenis yang kuat dan suka ber - 'camping' . Aku ni hanya jenis yang suka menghadap laptop dan menaip. Kadang-kadang pun kuat  berangan. So berbalik pada cerita tadi, Planter's Camp ni dibuat selama 2 hari 1 malam  dan diadakan di sekitar kawasan Uitm jugak.


Untuk hari pertama kitaorang dah kena bayar denda disebabkan ada salah seorang yang tak jujur dan tak ikut kumpulan yang diberi. Masa tu aku rasa geram nak bagi pelempang je dekat siapa yang menipu tu. Fyi, kitaorang mengamal kan 1 perkara iaitu Unity yang maksud bersatu lah kan. Jadi kalau sesiapa yang buat hal walaupun seorang , 1 batch akan bertanggungjawab dan kena. Haha :p .

Screenshot%2B(11)
DPIM Planter's Camp . Diploma Pengurusan Ladang dan Agroteknologi Uitm 



Antara aktiviti yang dijalankan untuk malam tu ialah malam tunjuk perasaan. Lelaki dan perempuan diasingkan & kitaorang diberi 1 situasi iaitu , semua perempuan merupakan pekerja pada lelaki dan akhirnya memberontak sebab gaji tak bayar, kalau bayar pun lambat dan tak cukup. So kitaorang diminta untuk selesaikan problem ni. Pergh aku cakap malam tu "bergaduh" macam hapa tapi of course lah berlakon je kan. Kau jangan ingat budak ladang tak pandai berlakon. Haha. Ehhhh aku lupa yang sebelum part "bergaduh" , kitaorang kena cari pasangan masing-masing dan "gaduh" lah dengan diaorang pulak. Lantak lah nak "gaduh" pasal apa takda sapa nak marah. Aku dengan member aku "gaduh" pasal loghat sebab aku tak paham dia cakap apa. Korang bayangkan 1 batch "gaduh" sama sendiri tapi serius memang enjoy dan kitaorang dilarang untuk gelak dan senyum. Kecoh betul malam tu dan semua orang gaduh gelak gaduh gelak. Supervisor pulak jalankan tugas diaorang ambil baldi , isi air dan simbahhhh ah apa lagi. Terkejut aku kena simbah tiba2. Dah lah aku ni jenis yang cepat sejuk. So malam tu aku "bergaduh" sambil menggigil-gigil.

Screenshot%2B(8)
DPIM Planter's Camp . Diploma Pengurusan Ladang dan Agroteknologi Uitm




Screenshot%2B(9)
DPIM Planter's Camp . Diploma Pengurusan Ladang dan Agroteknologi Uitm 

Masa makan pun kena disiplin. Macam korang nampak pinggan kena selari dan semua kena sama-sama. 



Screenshot%2B(10)
DPIM Planter's Camp . Diploma Pengurusan Ladang dan Agroteknologi Uitm
Banyak lagi aktiviti. Dah nama pun camp. But i think sampai sini jelah . :)

Senarai barang yang perlu dibawa ke UITM dll

Holiday Decor. Christmas is coming soon

Assalamualaikum. Jadi disebabkan tak lama lagi aku kena sambung study ke UITM kampus Jasin Melaka , perasaan nak kemas barang rasa berkobar-kobar. Untuk elakkan barang tertingaal aku cadangkan korang buat checklist barang yang kena bawa. Janganlah pula korang pergi bawa semua barang yang ada dekat rumah tu. Dibuatnya dapat kolej tinggat atas , tak ke naya namanya tu.


Paradise 💕

Jadi kita mulakan dengan apa yang penting sekali. Kalau korang tak bawa , memang korang menangis lah dekat situ.

VVIS (Very very important stuffs)

1) Surat tawaran UITM. - (4 copy.) Kalau tak silap lah. Tapi lagi bagus print 5/6 helai.
2) Gambar passport. - (12/13 keping) . Gambar memang penting sebab nanti korang kena tampal gambar tu masa pendaftaran . 
3) Sijil SPM & etc
4) Salinan IC sendiri, ibu dan bapa yang dah disahkan
5) Borang medical checkup
6) IC, Duit, dan segala barang yang patut ada dalam dompet


Kelengkapan bilik tidur.

1) Cadar & sarung bantal
2) Bantal (kena bawa sendiri)
3) Selimut, stokin
4) Iron
5) Sejadah
6) Telekung
7) Hanger dengan sepit baju
8) Botol air
9) Karpet kecil


Oreo cupcakes

Makanan. 

1) Makanan ringan. Korang wajib bawa. Percayalah cakap aku yang korang akan sentiasa lapar terutamanya tengah malam.
2) Roti dan nutella .Untuk breakfast kan. Tak pun masa malas nak turun pergi cafe.
3) Meegi atau bubur. 
4) Air mineral - Yang ini memang wajib ! Baik suruh parents korang beli satu kotak air. Senang. 



add a caption


Pakaian.


1) Pakaian yang dibawa perlu ikut sahsiah diri. Boleh tengok panduan yang korang dah print.
2) Stokin untuk perempuan. Wajib. Siapa yang tak pakai stokin tu masa mds korang diwajibkan pakai jadi siapkan awal2. Tapi sebagai wanita Islam memang kita diwajibkan menutup bahagian kaki.
3) Tuala muka . Yang ini memang aku sentiasa bawa. Senang nak lap peluh atau tengah berhingus tahap kalau tergelak mesti keluar.
4) Baju sukan. Kalau UITM baju warna putih.
5) Kasut sukan dan kasut sarung. 
6) Selipar toilet.
7) Towel/ Sanitary pads
8) Tudung/ kerongsang/ anak tudung
9) Segala macam seluar. Yang ketat dilarang ok. Berdosa
10) Baju kurung. 
11) Waktu MDS UITM selalu suruh pakai pakaian hitam putih. Alah pakai je baju sekolah dulu. Beli kain warna hitam atau navy blue. Lain lah kalau korang memang budak Law.

- | via Tumblr

Barang peribadi

1) Sabun mandi
2) Berus gigi / ubat gigi
3) Sikat/deodarant/ketip kuku
4) Pencuci muka/baldi/shampoo
5) Segala macam mekap . Kalau korang pakailah
6) Spek mata. Jangan lupa bawak kalau korang ni mata rabun .


amazing

Barang lain

1) Minyak angin
2) Laptop .
3) Notebook 
4) Payung
5) Ubat bagi yang ada penyakit
6) Handbag.
7) Padlock dengan kunci
8) Tali untuk letak kunci. Supaya senang nanti tarik je keluar dari handbag.
9) Cotton bud/tisu/wet tissue.
10) Tong sampah/plastik/surat khabar lama
11) Pinggan/mangkuk/cawan/sudu garpu/ sabun dan berus cuci pinggan
12) Heater. Nak buat meegi. Boleh kongsi
13) Penyangkut yang boleh gam kat dinding, Boleh sangkut tudung/kunci.


Okk. Tamat lah sudah. Kalau rasa tak cukup tambahlah sendiri. Pastikan ramai yang akan tolong ankut barang