Book Review [ Mudahnya menjemput rezeki]




Kadang2 kita doa minta Proton dapat Mercedes. Ada pula doa dapat mercedes tapi dapat proton. Dan ada tidak dapat kedua2 nya. Kita berdoa bukan kerana nak Allah makbulkan apa kita minta. Kita berdoa kerana Allah suruh. Allah adalah raja dan kita adalah hamba. Kita berdoa kerana berdoa adalah ibadah. .

Kadang2 kita bersungguh2 berdoa. Sudah berbulan2 kita berdoa. Malah ada yg bertahun namun masih belum Allah kabulkan. Janganlah gusar. Allah yang Maha Bijaksana lebih mengetahui bila masa yang paling tepat untuk memakbulkan doa kita. Boleh jadi Allah tangguhkan kerana:


1) Kita belum bersedia2) Jika diberi akan mendatangkan mudarat pd kita.3) Adakah kita benar2 ikhlas, fahami apa dipohon dan tidak tergesa2?



Secara keseluruhannya saya memang suka buku ni. Ada sesetengah bab yang kadang2 buat diri tersentap tapi dengan cara yang baik. 

Product Review [ Lips crubs Rixcahh]


Disebabkan hari ni tak banyak kerja kena buat dan nak kutip order, jadi saya ambil kesempatan ni nak review satu product iaitu lip scrubs ! Tau tak rupa libscrub kalau kita letak di bibir macam mana? Ok macam ini haa.


Nampak macam manis kan? Memang manis sebab bahan-bahan lip scrub ni daripada bahan yang dijamin halal dan selamat. Dah namanya bahan yang selamat , jadi tak perlu risau kalau tertelan sikit lip scrub tu. Cuma saya tak galakkan lah. Jangan pula kau pergi tenguk benda tu sampai habis. Hahaha. Lip scrub Rixcahh ada 3 perasa dan paling saya suka frustasia. Bau nya macam sirap pun ada.


Product: Lips scrub Rixcahh.
IG Rixcahh : http://instagram.com/rixcahh

Sebelum ni saya guna bubblegum dulu sebab warna pink kan, my favourite uolss. Tapi tak berapa nampak sangat . :( So hari ni saya tukar pula pakai frustasia. Dia punya bau semerbak wangi betul. Yang ini memang best sekejap je dah nampak kesan kat bibir.

Kebaikan lip scrub.

1) Dapat tanggalkan kulit terkopek dekat bibir tanpa perlu koyakkan. Maksudnya tanggalkan kulit mati .
2) Lip scrub dapat buat bibir macam warna pink sikit. Bergantung pada bibir masing-masing lah kan.
3) Bibir kita jadi lebih lembab.
4) Boleh guna tanpa was-was. Maknanya kalau tertelan tak pa.
5) Boleh pakai untuk lelaki juga. Bagi sental kuat sikit. Tapi jangan sental macam sental bontot kuali pulak.

Cara-cara guna lip scrub Rixcahh.

1) Masuk bilik air dan basahkan bibir sikit. Ambil lip scrub dan sapu di bibir. Jangan ambil sekali banyak pula ye. Benda ni manis dan kalau boleh janganlah tumpah. haha

2) Gosok perlahan macam dalam gambar. 

3) Biarkan beberapa minit. Dan cuci dengan air. Nak lagi cantik pakai lip balm ye.

4) Dan boleh terus pergi berlagak dengan adik2 korang macam saya buat. Haha.

Perbezaan antara bubblegum(atas) dan frustasia (Bawah). 

Product: Lips scrub Rixcahh.
IG Rixcahh : http://instagram.com/rixcahh

Nanti update diy lip scrub bagi yang rajin buat. Bagi yang pemalas macam aku tak payah. Beli je terus.










Tips berpuasa bagi yang ada penyakit GASTRIK !



Assalamualaikum guys. Kenyang dah? Di sini aku nak kongsi serba sedikit mengenai tips berpuasa bagi yang Gastrik macam aku. Korang jangan risau gastrik datang waktu bulan puasa ni sekiranya korang ikut tips2 ni.
Insyaallah.


1)   Pakar Gastroenterologi telah bersepakat bahawa sakit perut semasa bulan puasa bukan disebabkan gastrik tapi tabiat pemakanan semasa berbuka. Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat supaya perut tidak mengalami kejutan.


2)   Pesakit perlu mengenal pasti makanan yang mengandungi kafein, minuman berkarbonat, makanan pedas, berlemak kari dan minuman keras. Ketika berbuka elakkan mengambil pemakan tersebut untuk mengurangkan rembesan jus usus dengan banyak.


3)   Jangan sesekali meninggalkan waktu bersahur.


4)   Cara terbaik untuk berbuka ialah memulakannya dengan memakan kurma, buah2 ataupun kuih. Tunaikan solat Maghrib dan selepas itu barulah makan makanan berat.


5)   Sekiranya anda mengambil ubat antibiotik. Pastikan anda habiskan ubat tersebut walaupun sakit telah hilang.


Hendak tahu apakah simptom2 gastrik? Jangan lupa beli majalah Anis keluaran Julai Bil 203 ;)