Pengalaman Sem 1 Diploma Perladangan Dan Agroteknologi Uitm Melaka Kampus Jasin (DPIM)

Pengalaman sem 1 Diploma Perladangan dan Agroteknologi Uitm Melaka Kampus Jasin (DPIM)

Alhamdulillah . Akhirnya aku dah habis semester 1 untuk Diploma Perladangan dan Agroteknologi (DPIM) . Banyak benda yang aku belajar sebenarnya sepanjang aku berada kat  sini. Walaupun tak da lah jauh mana dari Negeri Sembilan but you will know when you get here. Aku belajar menghargai benda walaupun hanya benda yang sangat simple dan tak berbaloi bagi orang lain.

But sebelum tu ni yang aku study for the whole 1 semester. Semua belajar dalam English kecuali CTU.

CTU 101 – Pendidikan agama 
  • Ada hafal surah.
  • Jadi siapa yang tak pandai mengaji, siap sedia lah download apps quran. Lagi bagus yang ada bacaan supaya senang baca dan hafal.
  • Tak silap aku surah Yassin yang wajib hafal masa 1st sem aku dulu.
  • Dah hafal, baca depan ust/ustzh dan dapatlah markah hafazan nanti. Jangan baca sambil lewa walaupun kau tak pandai mengaji. Tunjukkan pada lect yang kau memang bersungguh sungguh menghafal.

CHM 138 – Basic Chemistry.
  • Nama pun basic kimia. Siapa yang belajar kimia masa sekolah untunglah korang.
  • Kalau tak belajar pun takpa. Lect akan ajar daripada awal. In case kalau kau bengap macam aku, rajin rajin lah tanya lect dan kawan kawan. Jangan senyap je nanti fail kena repeat balik. 

ELC120 – English
  • Belajar English macam biasa.
  • Persediaan untuk Muet selalunya. walaupun dah ambil muet, korang wajib juga belajar english.
  • Masa ni aku ingat yang kitaorang kena berlakon. Lect nak tengok kefasihan korang bercakap English dan betapa cepatnya otak korang fikirkan dialog. Ini spontan punya tau dan ada markah individu. 
  • Jadi pilihlah partner yang tak awkward dan pandai cakap omputih.

MAT 112 – Business math.
  • Dah kalau math biasa pun aku bangang, ini kan pulak business math.
  • Bagi aku subject ni sangat susah sebab aku tak pandai math. Walaupun masa sekolah aku ambil prinsip akaun dan ambik add math, aku tetap tak paham paham subject ni.

AGR 122 – Plant Science

AGR 160 – Field Practical
  • Masuk ladang. Field practical ni ada sampai Sem 3 setiap Jumaat.
  • Tapi waktu 1st sem je perit. Naik 2nd & 3rd sem dah ok sebab korang akan biasa dengan waktu dan aktiviti masa ladang.
  • Lama-lama korang akan ternanti nanti hari Jumaat. Yelah. Korang masuk ladang lepas subuh dan balik kolej pukul 12. Mana tak seronok kan.
  • Tapi, ada tapinya. Walaupun Jumaat kena turun ladang, sesetengah jadual ada kelas. Start lepas solat Jumaat.

HBU – Kokurikulum.
  • Diberi 3 pilihan untuk masuk unit uniform yang berkenan dan antara 3 tu korang akan dapat salah 1 je. Dan bukan korang yang pilih. Nanti akan keluar list nama setiap pelajar untuk setiap HBU.

Part paling mencabar dan berjaya buat aku menangis sebab banyak benda segala benda aku uruskan sendiri , aku pergi jumpa staff dan pegawai sana sini. Atas sebab sebelum ni aku ada dapat 2 tawaran iaitu Diploma Pengurusan Perladangan dan Agroteknologi dan Pengurusan Perpustakaan. So I terima untuk DPIM , atas masalah technical, pendaftaran aku ditangguhkan dulu. 

Aku kenal dan aku tau kena jumpa pegawai mana kalau aku ada problem dan aku sangat2 berterima kasih sebab ada je yang sudi dok melayan kerenah aku sampai mereka pun dah boleh ingat nama aku , selalu jumpa punya fasal. 


Aku suggest kalau korang kena masalah yang sama just chill and rilex sebab pegawai kat situ memang laju buat kerja. And on top of that korang akan belajar erti kesabaran dan please jangan menangis macam aku haha.
Masa pembahagian kelas, aku tengok nama aku takda . So masuk lagi ofis dan akhirnya aku kelas paling last dan paling tak ramai student. Ada 16 orang termasuk aku. Problem solved! Tapi masalah lain timbul pulak sebab aku tak jumpa dan tak tau mana kelas aku, siapa classmate aku dan apa yang aku patut buat ni sebab masa aku jumpa pegawai, student lain dah jumpa member sama kelas. 

Tanya senior semua tak tau. Fedup aku terus balik kolej dengan panas teriknya. Haha! Ni pun jangan contohi tau.  Another problem solved. Tapi paling tak boleh blah sebenarnya kat sini terkenal dengan monyet dan aku boleh tak sedar monyet ni ada kat sebelah aku. Nak lari tapi perjalanan tersekat sebab pakai baju kurung.
Untuk field practical ni sebenarnya korang kena masuk ladang dan tanam sayur sayuran. Dan special bagi orang macam aku yang tak pernah dan geli dengan tanah korang kena jugak dan wajib pegang tanah. Perasaan bila tanaman korang dah mula tumbuh , tengok dia membesar atau layu(macam aku punya) semua ada. Supervisor aku selalu ingatkan yang kita ni hanya boleh tanam dan jaga tapi kita kena ingat yang tumbuhkan, hidupkan sayur kita ni hanya Dia  . 

Field Practical diadakan setiap hari Jumaat. Masa aku sem 1, lepas subuh je wajib ada dekat tempat roll call dan setelkan ambil kehadiran. Kalau ada yang datang lambat memang 1 batch kena bantai. Masa tu aku terfikir kenapa lah aku masuk sini :p 


Pakaian untuk masuk ladang.

  •      Baju lengan panjang ( Tak kecik, tak ketat , tak jarang )
  •     Jeans. (Bukan skinny atau sendat atau lengging. Kena besar sebab nanti  nak mencangkul atau buat senaman pagi senang. )
  •      Stoking ( Bukan baby socks. Pakai je stoking sekolah)
  •     Sport shoes ( Elok beli warna gelap sebab aku beli warna terang macam highlight and dah kena tanah memang haru )
  •     Tudung ( WAJIB PAKAI TERMASUK UNTUK YANG FREE HAIR ! Non – muslim je yang tak perlu pakai )


Peralatan yang perlu dibeli. (Bergantung pada SV masing-masing)

1)      But (Macam phua chu kang tapi warna hitam)

2)      Gloves ( Nanti tangan tak luka )
3)      Topi jerami ( Paneh wei kat sana wajib bawak topi ni )
4)      Mini tools
5)      Air wajib bawak. Jangan nak kongsi orang punya je.


 Last aku nak bagitau yang aku enjoy duduk sini.  Next post: Planter's Camp



Pengalaman sem 1 Diploma Perladangan dan Agroteknologi Uitm Melaka Kampus Jasin (DPIM)

ps: Aku dah update info pasal subject kat atas tau.




Tudung labuh? Mana tempat yang murah?


Assalamualaikum. Rasa macam dah lama tinggalkan blog sebab terlampau sibuk. Jadi entry kali ni aku nak cerita pasal tudung labuh. Alhamdulillah. Sekarang aku tengok ramai yang dah mula nak pakai tudung labuh. Nak cari tudung labuh sekarang pun tak susah mana pun aku rasa. Sebab ramai yang jual tudung labuh online.


Jadi tudung labuh yang aku nak kenalkan ni adalah Little Balcony. Sebuah online shop yang telah beroperasi selama beberapa bulan. 





Harga yang ditawarkan pun berbaloi dengan material dan saiz tudung tersebut. Kebanyakan testimoni pelanggan pun berpuas hati dengan tudung yang dibeli. Sini Airi nak tunjuk tudung yang dijual.








Ini antara wide shawl yang dijual. Banyak kali restock dan insyaallah dijamin labuh 







Squircle ni setahu aku adalah tudung square yang ada bucu bulat dan bucu tajam.





Stok paling baru. Instant shawl ni ada 2 muka atau selalu dipanggil double loop. Jadi dah kalau 2 muka maka wajiblah pakai 2 kali. 2 kali je tau bukan 20 kali :p :p 







Jadi macam mana nak beli? Macam mana nak contact?  Okk ! Setiap gambar aku dah link kan pada page Little Balcony. Jadi di bawah adalah cara-cara korang nak beli tudung di atas. 

PAGE: LITTLE BALCONY
WEBSITE: http://littlebalconyhijab.blogspot.my/
Nombor telefon: 01133397448
Instagram: @littlebalcony

UPDATED: Owner page Little Balcony dah tukar nama.

End Of Semester 2 DPIM (Projek)



Akhirnya tamat juga semester 2 yang sangat tough ni. Semester kali ni tak ada subjek mengira jadi kerisauan bateri calculator dapat dielakkan. Makin naik semester makin banyak projek dan duit habis digunakan.




Selain tu kitaorang ada pergi field trip selama 1 hari. Tapi field trip ni ada projek juga yang sedang menanti. Trip pertama kitaorang pergi Taman Botani. Projek untuk Taman Botani adalah berkaitan dengan subjek landscape. Jadi merayau lah kitaorang dekat Taman Botani ni , snap gambar dan selfie sikit-sikit. 
IMG_20150912_120425
Taman Botani


IMG_20150912_114015
Taman Botani

C360_2015-09-12-11-10-09-369

Dan akhirnya 2nd trip ke Fruit Farm Melaka. Masa ni badan dah letih. Masuk dalam bas terus lelap . Nak buat macam mana hati nak balik rumah tapi projek masih belum siap lagi. Dekat sana pula kitaorang kena tengok penyakit pokok dan kenal pasti penyakit jenis apa . 

IMG_20150912_165620_HDR

IMG_20150912_155812

IMG_20150912_174627

Dekat sana kitaorang wajib tangkap gambar setiap penyakit yang menyerang pokok, buah ataupun daun. Dalam group aku, masing-masing ada tugas sendiri. Yang pasti aku tak kan catit info yang diberikan sebab aku ni jenis yang cepat sangat mengelamun. Jadi aku ditugaskan untuk tangkap gambar dan masa tu juga aku dapat fon baru, memang seronok gila kentang ler.