SPICY RAMEN NOODLE CHALLENGE



I decided to take the spicy noodle challenge as my sister said that the ramen does not taste so spicy like everyone said. She bought me those ramen last week but I finally had the chance to try it today because I don't have anything else to eat. Unfortunately my dad came home and bought me Nasi Beriani so I decided to eat those ramen in the afternoon. Now let us see the process how to make Spicy Ramen.



Now the ramen seems too big and thick for me. I am shocked by the look of the ramen. Never thought that it is so big. At this moment I feel a little bit scared by looking at the spice :( 



Here you can see how freaking red that spice is ! OMG how do people eat that? 


I really don't know what is this thing.



So this is how it looks when I finished boiling it. 


You can see how red and spicy this thing is. I really regret it when I put all the spices in the ramen.


Seriously guys I hate to tell you this but it is really spicy! I cried when I ate this ramen. On top of that I also can't finished it. What a waste.


So do you guys did any spicy ramen challege? Comment below to let me know. 

Pengalaman Sem 1 Diploma Perladangan Dan Agroteknologi Uitm Melaka Kampus Jasin (DPIM)

Pengalaman sem 1 Diploma Perladangan dan Agroteknologi Uitm Melaka Kampus Jasin (DPIM)

Alhamdulillah . Akhirnya aku dah habis semester 1 untuk Diploma Perladangan dan Agroteknologi (DPIM) . Banyak benda yang aku belajar sebenarnya sepanjang aku berada kat  sini. Walaupun tak da lah jauh mana dari Negeri Sembilan but you will know when you get here. Aku belajar menghargai benda walaupun hanya benda yang sangat simple dan tak berbaloi bagi orang lain.

But sebelum tu ni yang aku study for the whole 1 semester.

  • CTU 101 – Pendidikan agama
  • CHM 138 – Basic Chemistry
  • ELC120 – English
  • MAT 112 – Business math
  • AGR 122 – Plant Science
  • AGR 160 – Field Practical
  • HBU – Kokurikulum 

Part paling mencabar dan berjaya buat aku menangis sebab banyak benda segala benda aku uruskan sendiri , aku pergi jumpa staff dan pegawai sana sini. Atas sebab sebelum ni aku ada dapat 2 tawaran iaitu Diploma Pengurusan Perladangan dan Agroteknologi dan Pengurusan Perpustakaan. So I terima untuk DPIM , atas masalah technical pendaftaran aku ditangguhkan dulu but at least aku kenal dan aku tau kena jumpa pegawai mana kalau aku ada problem dan aku sangat2 berterima kasih sebab ada je yang sudi dok melayan kerenah aku sampai mereka pun dah boleh ingat nama aku , selalu jumpa punya fasal. Aku suggest kalau korang kena masalah yang sama just chill and rilex sebab pegawai kat situ memang laju buat kerja. And on top of that korang akan belajar erti kesabaran dan please jangan menangis macam aku haha.
Masa pembahagian kelas, aku tengok nama aku takda . So masuk lagi ofis dan akhirnya aku kelas paling last dan paling tak ramai student. Ada 16 orang termasuk aku. Problem solved ! Tapi maslaah lain timbul pulak sebab aku tak jumpa dan tak tau mana kelas aku, siapa classmate aku dan apa yang aku patut buat ni . Yang lain dah masuk kelas. Tanya senior semua tak tau. Fedup aku terus balik kolej dengan panas teriknya. Haha ! Ni pun jangan contohi tau .  Another problem solved. Tapi paling tak boleh blah sebenarnya kat sini terkenal dengan monyet dan aku boleh tak sedar monyet ni ada kat sebelah aku. Nak lari tapi perjalanan tersekat sebab pakai baju kurung hahaha masalah2.
Untuk field practical ni sebenarnya korang kena masuk ladang dan tanam sayur sayuran. Dan special bagi orang macam aku yang tak pernah dan geli dengan tanah korang kena jugak dan wajib pegang tanah. Perasaan bila tanaman korang dah mula tumbuh , tengok dia membesar atau layu(macam aku punya) semua ada. Supervisor aku selalu ingatkan yang kita ni hanya boleh tanam dan jaga tapi kita kena ingat yang tumbuhkan, hidupkan sayur kita ni hanya Dia  . 


Pakaian untuk masuk ladang.

  •      Baju lengan panjang ( Tak kecik, tak ketat , tak jarang
  •     Jeans. (Bukan skinny atau sendat atau lengging. Kena besar sebab nanti  nak mencangkul atau buat senaman pagi senang.
  •      Stoking ( Bukan baby socks. Pakai je stoking sekolah)
  •     Sport shoes ( Elok beli warna gelap sebab aku beli warna terang macam highlight and dah kena tanah
  •     Tudung ( WAJIB PAKAI TERMASUK UNTUK YANG FREE HAIR ! Non – muslim je yang tak perlu pakai)


Peralatan yang perlu dibeli. (Bergantung pada SV masing-masing)

1)      But (Macam phua chu kang tapi warna hitam)
2)      Gloves ( Nanti tangan tak luka)
3)      Topi jerami

4)      Mini tools


 Last aku nak bagitau yang aku enjoy duduk sini.  Next post: Planter's Camp



Pengalaman sem 1 Diploma Perladangan dan Agroteknologi Uitm Melaka Kampus Jasin (DPIM)



Senarai barang yang perlu dibawa ke UiTM dll

Holiday Decor. Christmas is coming soon

Assalamualaikum. Jadi disebabkan tak lama lagi aku kena sambung study ke UITM kampus Jasin Melaka , perasaan nak kemas barang rasa berkobar-kobar. Untuk elakkan barang tertingal aku cadangkan korang buat checklist barang yang kena bawa. Janganlah pula korang pergi bawa semua barang yang ada dekat rumah tu. Dibuatnya dapat kolej tinggat atas , tak ke naya namanya tu.


Paradise 💕

Jadi kita mulakan dengan apa yang penting sekali. Kalau korang tak bawa , memang korang menangis lah dekat situ.

VVIS (Very very important stuffs)

1) Surat tawaran UITM. - (4 copy.) Kalau tak silap lah. Tapi lagi bagus print 5/6 helai.
2) Gambar passport. - (12/13 keping) . Gambar memang penting sebab nanti korang kena tampal gambar tu masa pendaftaran . 
3) Sijil SPM & etc
4) Salinan IC sendiri, ibu dan bapa yang dah disahkan
5) Borang medical checkup
6) IC, Duit, dan segala barang yang patut ada dalam dompet


Kelengkapan bilik tidur.

1) Cadar & sarung bantal
2) Bantal (kena bawa sendiri)
3) Selimut, stokin
4) Iron
5) Sejadah
6) Telekung
7) Hanger dengan sepit baju
8) Botol air
9) Karpet kecil


Oreo cupcakes

Makanan. 

1) Makanan ringan. Korang wajib bawa. Percayalah cakap aku yang korang akan sentiasa lapar terutamanya tengah malam.
2) Roti dan nutella .Untuk breakfast kan. Tak pun masa malas nak turun pergi cafe.
3) Meegi atau bubur. 
4) Air mineral - Yang ini memang wajib ! Baik suruh parents korang beli satu kotak air. Senang. 



add a caption


Pakaian.


1) Pakaian yang dibawa perlu ikut sahsiah diri. Boleh tengok panduan yang korang dah print.
2) Stokin untuk perempuan. Wajib. Siapa yang tak pakai stokin tu masa mds korang diwajibkan pakai jadi siapkan awal2. Tapi sebagai wanita Islam memang kita diwajibkan menutup bahagian kaki.
3) Tuala muka . Yang ini memang aku sentiasa bawa. Senang nak lap peluh atau tengah berhingus tahap kalau tergelak mesti keluar.
4) Baju sukan. Kalau UITM baju warna putih.
5) Kasut sukan dan kasut sarung. 
6) Selipar toilet.
7) Towel/ Sanitary pads
8) Tudung/ kerongsang/ anak tudung
9) Segala macam seluar. Yang ketat dilarang ok. Berdosa
10) Baju kurung. 
11) Waktu MDS UITM selalu suruh pakai pakaian hitam putih. Alah pakai je baju sekolah dulu. Beli kain warna hitam atau navy blue. Lain lah kalau korang memang budak Law.

- | via Tumblr

Barang peribadi

1) Sabun mandi
2) Berus gigi / ubat gigi
3) Sikat/deodarant/ketip kuku
4) Pencuci muka/baldi/shampoo
5) Segala macam mekap . Kalau korang pakailah
6) Spek mata. Jangan lupa bawak kalau korang ni mata rabun .


amazing

Barang lain

1) Minyak angin
2) Laptop .
3) Notebook 
4) Payung
5) Ubat bagi yang ada penyakit
6) Handbag.
7) Padlock dengan kunci
8) Tali untuk letak kunci. Supaya senang nanti tarik je keluar dari handbag.
9) Cotton bud/tisu/wet tissue.
10) Tong sampah/plastik/surat khabar lama
11) Pinggan/mangkuk/cawan/sudu garpu/ sabun dan berus cuci pinggan
12) Heater. Nak buat meegi. Boleh kongsi
13) Penyangkut yang boleh gam kat dinding, Boleh sangkut tudung/kunci.


Okk. Tamat lah sudah. Kalau rasa tak cukup tambahlah sendiri. Pastikan ramai yang akan tolong ankut barang