Pengalaman Sem 3 DPIM


Assalamualaikum and hye :)

Akhirnya aku dah habis semester 3 DPIM. Sumpah aku kecewa dengan sem kali ni. TERSANGAT-SANGAT KECEWA!

Masuk semester baru sekali 2 kelas dibubarkan tanpa notis. Mula-mula aku terkejut jugak lah kan dan pelajar untuk kedua-dua kelas macam orang sesat cari info tanya sana sini. Jawapan masing-masing sama. Dua kelas terakhir ni digunakan untuk budak repeat subjek. Salah satu sebab juga batch aku makin sikit dan itu pun salah satu sebab kelas dibubarkan.

Kami pun macam orang asing masuk kelas orang lain. Daftar sana sini. Sampai bergaduh dengan budak kelas lain sebab kami masuk kelas diaorang. Tapi aku berjaya masuk kelas yang sama untuk semua subjek dan kawan-kawan aku kelas untuk setiap subjek semua lain.




TAPI !!!!

Dekat sini aku listkan subjek yang korang akan ambil untuk semester 3 dpim ok. :)


1) ACC 100 ( AKAUN) - Korang akan ada assgmnt macam korang buat kat sekolah dulu (aliran akaun) . Subjek yang boleh dikatakan susah kalau korang main-main dan tak fokus dalam kelas. Masa buat asgmnt tu pilihlah kawan yang rajin bukan yang pemalas sampai kau rasa nak tumbuk.


2) AGR 113 (EKONOMI) - Subjek senang lah jugak berbanding subjek lain.


3) CTU 211 ( AGAMA) - Pergh ni susah ! Bagi yang tak suka membaca macam aku. :P


4) ELC 230 (ENGLISH) - Tang ni korang ada writing. Ye lah! Writing yang kena buat karangan tu! Haha . Jangan ingat habis sekolah tak buat karangan :P


5) HBU 131 - (KOKURIKULUM) - Aku ambil kesatria negara. Dapat A- beb ! Entah apa aku buat pun aku tak tau. Seronok tau ! Lagi-lagi coach dekat Jasin memang sporting gila.


6) AGR 262- (MAJOR CROPS) - Subjek kedua susah nak mampus ! Korang belajar pasal 4 tanaman utama iaitu PADI,  KOKO,  KELAPA SAWIT dengan ________ (tak ingat) . Bukan sebab aku nyanyuk tapi sebab aku benci subjek ni. Tu je. :P


7) AGR  161 ( SOIL SCIENCE) - Gila bapak susah nak mampus subjek ni. Antara subjek yang paling ramai student fail setiap semester. Aku tak tahu berhantu sangat subjek ni sampai susah sangat nak lulus. But I managed to get C+ untuk final. Nasib baik kau! 


Aku merahkan dua subjek terakhir sebab korang kena buat betul-betul !! Subjek ni sangat susah dan semster 4 nanti ada sambungan nya lagi hahaha.

SPICY RAMEN NOODLE CHALLENGE



I decided to take the spicy noodle challenge as my sister said that the ramen does not taste so spicy like everyone said. She bought me those ramen last week but I finally had the chance to try it today because I don't have anything else to eat. Unfortunately my dad came home and bought me Nasi Beriani so I decided to eat those ramen in the afternoon. Now let us see the process how to make Spicy Ramen.



Now the ramen seems too big and thick for me. I am shocked by the look of the ramen. Never thought that it is so big. At this moment I feel a little bit scared by looking at the spice :( 



Here you can see how freaking red that spice is ! OMG how do people eat that? 


I really don't know what is this thing.



So this is how it looks when I finished boiling it. 


You can see how red and spicy this thing is. I really regret it when I put all the spices in the ramen.


Seriously guys I hate to tell you this but it is really spicy! I cried when I ate this ramen. On top of that I also can't finished it. What a waste.


So do you guys did any spicy ramen challege? Comment below to let me know. 

Pengalaman Sem 1 Diploma Perladangan Dan Agroteknologi Uitm Melaka Kampus Jasin (DPIM)

Pengalaman sem 1 Diploma Perladangan dan Agroteknologi Uitm Melaka Kampus Jasin (DPIM)

Alhamdulillah . Akhirnya aku dah habis semester 1 untuk Diploma Perladangan dan Agroteknologi (DPIM) . Banyak benda yang aku belajar sebenarnya sepanjang aku berada kat  sini. Walaupun tak da lah jauh mana dari Negeri Sembilan but you will know when you get here. Aku belajar menghargai benda walaupun hanya benda yang sangat simple dan tak berbaloi bagi orang lain.

But sebelum tu ni yang aku study for the whole 1 semester.

  • CTU 101 – Pendidikan agama
  • CHM 138 – Basic Chemistry
  • ELC120 – English
  • MAT 112 – Business math
  • AGR 122 – Plant Science
  • AGR 160 – Field Practical
  • HBU – Kokurikulum 

Part paling mencabar dan berjaya buat aku menangis sebab banyak benda segala benda aku uruskan sendiri , aku pergi jumpa staff dan pegawai sana sini. Atas sebab sebelum ni aku ada dapat 2 tawaran iaitu Diploma Pengurusan Perladangan dan Agroteknologi dan Pengurusan Perpustakaan. So I terima untuk DPIM , atas masalah technical pendaftaran aku ditangguhkan dulu but at least aku kenal dan aku tau kena jumpa pegawai mana kalau aku ada problem dan aku sangat2 berterima kasih sebab ada je yang sudi dok melayan kerenah aku sampai mereka pun dah boleh ingat nama aku , selalu jumpa punya fasal. Aku suggest kalau korang kena masalah yang sama just chill and rilex sebab pegawai kat situ memang laju buat kerja. And on top of that korang akan belajar erti kesabaran dan please jangan menangis macam aku haha.
Masa pembahagian kelas, aku tengok nama aku takda . So masuk lagi ofis dan akhirnya aku kelas paling last dan paling tak ramai student. Ada 16 orang termasuk aku. Problem solved ! Tapi maslaah lain timbul pulak sebab aku tak jumpa dan tak tau mana kelas aku, siapa classmate aku dan apa yang aku patut buat ni . Yang lain dah masuk kelas. Tanya senior semua tak tau. Fedup aku terus balik kolej dengan panas teriknya. Haha ! Ni pun jangan contohi tau .  Another problem solved. Tapi paling tak boleh blah sebenarnya kat sini terkenal dengan monyet dan aku boleh tak sedar monyet ni ada kat sebelah aku. Nak lari tapi perjalanan tersekat sebab pakai baju kurung hahaha masalah2.
Untuk field practical ni sebenarnya korang kena masuk ladang dan tanam sayur sayuran. Dan special bagi orang macam aku yang tak pernah dan geli dengan tanah korang kena jugak dan wajib pegang tanah. Perasaan bila tanaman korang dah mula tumbuh , tengok dia membesar atau layu(macam aku punya) semua ada. Supervisor aku selalu ingatkan yang kita ni hanya boleh tanam dan jaga tapi kita kena ingat yang tumbuhkan, hidupkan sayur kita ni hanya Dia  . 


Pakaian untuk masuk ladang.

  •      Baju lengan panjang ( Tak kecik, tak ketat , tak jarang
  •     Jeans. (Bukan skinny atau sendat atau lengging. Kena besar sebab nanti  nak mencangkul atau buat senaman pagi senang.
  •      Stoking ( Bukan baby socks. Pakai je stoking sekolah)
  •     Sport shoes ( Elok beli warna gelap sebab aku beli warna terang macam highlight and dah kena tanah
  •     Tudung ( WAJIB PAKAI TERMASUK UNTUK YANG FREE HAIR ! Non – muslim je yang tak perlu pakai)


Peralatan yang perlu dibeli. (Bergantung pada SV masing-masing)

1)      But (Macam phua chu kang tapi warna hitam)
2)      Gloves ( Nanti tangan tak luka)
3)      Topi jerami

4)      Mini tools


 Last aku nak bagitau yang aku enjoy duduk sini.  Next post: Planter's Camp



Pengalaman sem 1 Diploma Perladangan dan Agroteknologi Uitm Melaka Kampus Jasin (DPIM)