HADIAH DARI GIVEAWAY BUKU {PRE-LOVED} DAH SAMPAI :)

Hadiah “Giveaway ….” dari KC dah sampai.

Assalamualaikum.  Akhirnya buku yang aku menang dari giveaway KC dah sampai. Sebenarnya buku ni dah lama dekat ofis tapi aku je yang tak pergi ambil lagi :p . Jadi hari tu  aku pergi ofis dan terus baca isi kandungan buku Laki aku negro kau peduli apa oleh Dr Hayya Bilal Agak lama juga lah baru aku perasan ada sampul surat dalam parcel tu. Aikk? Si dia takda pula bagitau aku fasal apa-apa surat yang sampai.





Bila aku nampak je tulis special untuk kenalan alam maya terus aku cepat buka dan memang aku menjerit dan terkejut bila tengok ada KAD RAYA dalam sampul tu ! Biar betik ! Dah berzaman aku tak nampak dan tak dapat kad raya dan2 je kali ni dapat pula daripada KC. Masa tu aku memang rasa terharu gila sebab masa hari raya pun cuma si dia je yang betul-betul ucapkan Selamat Hari Raya. Yang lain semua mesej copy paste haha.  Jom tengok apa yang ditulis oleh cik adik KC kita ni.


Muka depan kad raya.



Sepanjang-panjangnya cik KC ni mengarang untuk aku. Terharu beb dapat mesej bukan copy paste haha. KC jangan risau confirm buku ni dijaga dengan elok dan rapi siap ada rumah tau khas untuk buku.  Sekarang ni aku baru je baca separuh. Nantikan post seterusnya fasal review buku Laki aku negro kau peduli apa? 

*Jangan lupa visit KC tau dekat http://kimchaa.blogspot.my/

Spicy ramen daripada Bajuwarnacoklat & sponsor

Assalamualaikum.

Ingat tak hari tu aku ada update pasal hadiah GA yang aku dapat? Jadi semalam aku dengan adik kongsi makan ramen tersebut. Sebenarnya lama dah alu pergi ambil ramen tu tapi tak sampai hati aku nak makan disebakan adik merayu suruh makan dengan dia, Nak atau taknak aku kena juga tahan nafsu nak makan. :(





Aku belum start makan dah terasa kepedasan yang melampau. Hari tu aku makan pun tak habis tapi kali ni macam peluang untuk ramen ni habis sangat tinggi sebab makan berdua. Jadi aku tugaskan adik aku siapkan ramen ni. Aku tau dah siap je haha.




Disebabkan ramen ni tersangatlah besar dan liat, aku ambil keputusan untuk gunting ramen ni kecil-kecil. Maknanya aku tak perlu gigit sebab nak putuskan ramen. Nak kata challenge tak juga sebab awal-awal dah kalah. Sos ramen ni pun letak separuh je memang lah disqualified haha.


Alhamdulillah. Kali ni habis dan tidak membazir. Terima kasih Bajuwarnacoklat & sponsor sudi beri kami makan hehe. Lebiu <3 <3






Parcel spicy ramen dah dapat daripada GA Bajuwarnacoklat & Sponsor


Alhamdulillah. Setinggi tinggi terima kasih diucapkan kepada Bajuwarnacoklat dan sponsor. <3



Sebenarnya aku dah lama nak beli spicy ramen ni. Kiranya sebelum ni aku pernah makan sepeket. Tu pun orang bagi aku sebab kesian :( . Dipendekkan cerita hari tu aku pergi cari dekat mall hampa betul bayang ramen ni pun tak nampak. Okk so aku carik lah yang dalam cup punya, sampai ke hujung tempat sayur aku cari habuk pun takda. Aku pun balik lah rumah dengan meegi lain.


Kebetulan aku nampak ada orang post pasal GA ni. Aku pun join je lah dan tup-tup aku menang. Tak sangka aku memang sedangkan ramai yang join. Boleh dikatakan aku ni jarang antara yang bertuah dapat hadiah.

Tapi betul orang kata. Rezeki tak pernah salah alamat. Kalau kita perlukan dan betul-betul nak insyaallah akan jadi milik kita. Kalau kita betul-betul perlukan sesuatu percayalah cakap aku walau macam mana cara pun kau akan dapat.






Post kali ni pendek je. Nanti aku update hadiah dari ga lain pulak ye.