HADIAH HANDSOCK RUFFLE


Assalamualaikum. Handsock ni sebenarnya dah lama aku dapat tapi entah macam mana tak terfikir pun nak update sini. Jadi disebabkan aku memang berazam untuk update hadiah yang aku dapat secara berperingkat dekat blog ni maka bertabahlah diri sendiri mencari idea untuk menulis. Lagipun ada orang komen kata yang post aku buat terlalu pendek dan tak seronok nak baca. -_- ! What berani betul dia komen begitu , memang kecil besar je aku tengok.

Sebelum tu siapa yang nak tengok antara hadiah yang aku pernah dapat boleh klik link ni. ( HADIAH)

---------------------------------

Seingat aku lah kan handsock ruffle (suka hati je bagi nama) ni aku menang dekat Facebook tapi kali ni daripada salah seorang agen Rizqi Ammara. Siapa yang tak pernah baca lagi pasal RA ni boleh tengok post aku sebelum ni mengenai handsock reben yang aku menang daripada owner RA ( SINI ) yang berwarna hitam. Kali ni aku dapat warna putih angle. Sesuci debu indah mekar siap ruffle berbunga kau. Sebelum tu aku memang pakai handsock RM5 je yang memang tak sampai beberapa minggu dah rosak dan tercarik. Boleh dikatakan berzaman juga lah aku usha je handosck ruffle ni tapi tak berani beli lagi sebab tangan aku memang halusssssss.



Ni lah handsock ruffle tu. Gigih beb aku cari balik gambar handsock ni dekat fb RA. Haha. Comel kan. Warna kelabu ni pun aku suka juga. (semua suka) dan gambar bawah ni handsock yang aku dapat.



Ini tangan aku yang sekarang (tau gemok) . Putih suci kan handsock ni , macam mana aku tak jatuh cinta? Sampai sekarang masih elok lagi walaupun berjuta kali jugaklah aku pakai dan ada kesan tercarik sikit. kehkeh. Material dia sangat superb. Memang tak panas dan sejuk walaupun tak sesejuk macam handsock reben tu. 


Alhamdulillah. Terima kasih atas hadiah ni. Tak silap aku nama agent tu Izyan :)


Menang hadiah daripada Azatiesayang




Assalamualaikum. Niat di hati sebenarnya nak update segala hadiah yang aku dapat tapi akhirnya semua terkubur disebabkan anime (salahkan orang lain). Memang sejak azali aku jenis suka join giveaway tak kisah dekat Facebook, Blog dan Instagram sekalipun aku tetap akan join tapi majoriti aku menang pun melalui blog. Bila diingatkan balik memang banyak sangat hadiah aku dapat daripada topup sampai lah buku cuma aku pun terfikir nak update dekat sini -_-


Rezeki aku menang banyak giveaway dan contest tapi selalunya bermusim jugaklah. Contoh sekarang musim aku tak akan menang apa-apa giveaway LANGSUNG dan hari tu adalah musim aku menang macam-macam hadiah sampai terpaksa bagi dekat orang lain.


Post kali ni aku tujukan khas pada Azatiesayang kerana telah bermurah hati buat giveaway perencah bakar. Ahh jangan gelak lah kau. Kalau perencah takda, ingat sedap ke nak buat ikan bakar ? :p Giveaway ni ada macam-macam hadiah sebenarnya macam DEODARANT  REWITE(ingat kalau menang ni nak kasi mak aku) ,AQUARA ESSENCE SPRAY, LIPSTIK ACTIVE topup dan hadiah utamanya ialah perencah ikan bakar. Aku pun join lah dengan harapan menang hadiah biasa-biasa je. Sekali aku menang hadiah utama dan paling kelakar aku boleh tak sedar yang aku tersenarai dalam kalangan yang bertuah :p



Bagi yang tak tahu perencah ni bukan je untuk makan cicah dengan ikan bakar je. Alahai kalau macam tu muak tekak ni labu oi , kak Azatie kata boleh buat perencah untuk meehun sup , bakso dan apa-apa yang rasa sesuai lah. Aku bukan reti masak pun tak kan nak suruh aku senaraikan pula kan tunggu je lah mak aku masakkan. :p


Sebenarnya perencah ni aku belum ambil lagi dekat si dia. Harap-harap dia tak makan perencah ni senyap-senyap -_- . Aku gerenti yang perencah ikan bakar memang sedap. Akhir kata terima kasih banyak-banyak untuk hadiah ni. Tak sabar nak suruh mak masak dan aku makan. Haha.


Siapa yang nak beli boleh lah contact kak Azatie melalui medium bawah ni.

Blog: http://azatiesayang.blogspot.my/
Facebok: https://www.facebook.com/kak.yang.9


Review movie WARCRAFT



Assalamualaikum. Bila sebut pasal movie review, teringat pula masa semester 3 pelajar diwajibkan pilihh 1 movie dan buat review serta presentation.

Makanya hari ini aku nak buat review pasal movie WARCRAFT. Kenapa aku lambat buat review? Sebab aku bukan jenis kaki wayang yang habiskan duit dekat pawagam semata-mata nak up to date dengan movie baru (kedekut), sebab kedua aku tunggu WARCRAFT keluar HD baru syok aku nak tengok dan sebab terakhir adalah hari tu baru aku download:p

Aku dapat tahu WARCRAFT ni inspirasi daripada game. Sudah semestinya aku tak tak pernah tahu sebab aku leka dengan belajar (penipu) dan leka main Mystic Messenger.

Image result for travis fimmel warcraft poster

Jadi ini lah poster WARCRAFT. Nampak heronya macam hensem je. Kehkeh. WARCRAFT adalah cerita peperangan yang berlaku disebabkan dunia orc dah semakin teruk dan mencari tempat baru untuk dijadikan tempat tinggal dan akhirnya berperang dengan manusia di Azeroth yang diketuai oleh Anduin Lothar yang sangat setia dengan Raja.

Image result for travis fimmel warcraft poster

Daripada jalan cerita si Anduin Lothar  macam dah jatuh cinta dengan Garona dan paling sedih bila anak dia mati kena bunuh dengan orc :(


Image result for warcraft poster

Secara kesimpulannya, jalan cerita sangat seronok cuma tak berapa nak suka ending nya sebab nampak sangat ada sambungan :( !!! Spoil betul lah. Tak suka tengok movie yang ada sambunga ni. EEEEE. Geram ! Apa apa pun bagi yang belum tengok movie ni lagi boleh lah download sekarang dan nikmati keseronokan nya haha.