Berjaya tebus barang dengan Woop.my


Assalamualaikum. 

Pernah dengar woop.my? Tahu tak yang sebenarnya kita boleh dapat percuma dengan hanya menjawab survey yang disediakan? Nampak macam tipu kan? Percayalah benda ni benar-benar belaka dan aku dah berjaya tebus bukan 1 tapi 3 barang daripada woop.my ni.

Barang pertama yang aku tebus ialah Dettol vanity kit. Sebenarnya tisu basah (wet tissu) jenama Dettol dan sesiapa yang kenal dengan aku akan tahu yang aku ni wajib ada wet tissue dalam simpanan tak kisahlah jenama apa sekali pun. Walaupun dah banyak kali aku kena ejek dan ramai sangat tanya nak buat apa wet tissue ni? Nak lap bontot baby? -_- Jawapan aku senang. Orang pembersih selalunya ada wet tissue. 

Barang kedua pula yang aku tebus sebenarnya tisu basah juga. Kiranya aku dapat dua peket tisu basah lah. Semuanya disebabkan aku salah letak alamat jadi aku tebus buat kali kedua dan rupa-rupanya tebusan aku yang pertama tu sampai juga ke destinasi. 


Barang ketiga aku dapat ialah pampers new born saiz M. Tak silap aku jenama Fitti Gold dan aku kena buat cabaran yang disediakan tapi malangnya aku nak sarungkan dekat siapa sebab saiz M terlalu kecil. Aku harap sangat selepas ni aku berhati-hati dalam memilih cabaran dan survey yang disediakan haha.

Ehem, Tak kan tengok je aku dapat barang free? Seronok tau dapat barang free walaupun kecil je. 

Ikut je langkah dekat bawah ni dan register.


1) Click website ni. woop.my

2) Daftar macam biasa.

3) Dah selesai daftar boleh terus buat survey yang disediakan. Lepas point yang terkumpul cukup, bolehlah korang tebus apa-apa yang korang berminat. 

Shin Ramyun noodle soup


Assalamualaikum.

Akhirnya kebah juga demam ramen Samyang setelah aku dilarang untuk makan ramen tu lagi. Ceh. Tapi yang pasti aku tak kan tahan kepedasan ramen tersebut. Sebelum ni aku pernah update pasal ramen Samyang tu dan kepada sesiapa yang rasa nak baca bolehlah klik ----> (sini) (sana) (situ)


Post kali ni aku nak cerita pasal Shin Ramyun noodle soup yang baru pertama kali aku jumpa dekat Giant. Yang uniknya Shin Ramyun ni daripada mee segera yang ada di pasaran adalah bentuknya yang bulat. Agak-agak dapat bayang tak rupanya macam mana? Terus aku cari tanda halal dan terpampang besar logo halal dekat packet Shin Ramyun. Tunggu apa lagi, masuk lah dalam troli.


Aku pun mula lah rebus air dan belek-belek packet tu , aku perasan ada tulis gourmet spicy. Mungkinkah kepedasan Shin Ramyun sama tinggi dengan Samyang? Kalau betul mana aku nak tibai air sejuk dekat kolej ni? 



Nak tak nak aku kena makan juga lah sebab dah bukak plastik ni. Nahhh! Nampaknya betapa bulatnya Shin Ramyun ni? Nasib baiklah muat dalam bekas aku kalau tak kena lah pecah-pecahkan. Perisa yang aku ambil ni lebih kurang macam kari tapi bau sebijik Samyang. Harap-harap lah rasa tak pedas mana kan. Dalam Shin Ramyun ada disediakan sayur kering dan perisa sekali. AKu letak sikit je perisa tu takut terlampau pedas dan rupa-rupanya rasa Shin Ramyun biasa macam meegi kari. haha. Aku pun tabur lah semua perisa tu dalam bekas. Kalau nak tahu, Shin Ramyun mee ni boleh tahan tebal jugaklah dan puas makan untuk seorang. 


Ada idea lagi ramen apa yang sedap? :)


Pengalaman SEM 4 + drama


Assalamualaikum. Berakhir juga semester 4 ni walaupun rasa macam perit sangat dengan subjek yang sangat susah. 

Semester ni boleh dikatakan majority assignment group sampaikan aku rasa pening gila nak pilih grup members yang TAK PEMALAS & TAK CAKAP BELAKANG.

Macam biasa lah aku mulakan dengan setiap subjek yang aku belajar untuk semester ni.

1) ENTOMOLOGY.

All about insects. Mula daripada maksud insects tu sendiri dan berakhir dengan cara-cara nak atasi. Aku memang jenis yang sangat takut dengan serangga. Tengok pun aku geli inikan pula nak pegang ! 

Assignment pula terbahagi kepada dua. Assigment pertama individu. Yang kedua pula group. Untuk individu aku kena lukis serangga mengikut order yang diberi , ada dalam 20 lebihh jugak lah. Bayangkan macam mana aku nak lukis serangga tu sedangkan aku ni memang bodoh gila bab melukis.

Yang kumpulan pula aku kena cari serangga yang hidup lepas tu matikan dalam killing jar , cucuk letak dalam insect box & cari information pasal serangga tu. Kiranya yang group ni lah paling aku kecewa sebab dapat member yang pemalas dan ego melangit. Ento juga ada lab setiap minggu. Salah satu lab report yang aku buat adalah lukis bahagian kaki. 


2) SOIL.

Semester lepas memang ada belajar Soil. Tapii kali ni aku belajar tentang problematic soil. Assignment kali ni kena buat video mengikut kretiviti kumpulan tu sendiri. Senang cerita aku memang tak reti soil, apa yang aku baca pun payah betul nak paham. :( Tapi alhamdulillah kali ni dapat juga carry marks antara yang tertinggi walaupun blur sentiasa dalam kelas :p


3) INDUSTRIAL RELATION.

Subjek ni lebih kurang sama dengan Human Resource dan assignment yang diberi juga kumpulan. Cari surat khabar, keluarkan isi penting dan cara mengatasi, hantar dan present. Kiranya masa ni group aku kena sabotaj dengan budak kelas. Tapi takpa aku anggap ini semua ujian dan harap Allah balas perbuatan diaorang satu hari nanti sama ada cash atau akhirat sana. :) Walaupun kena sabotaj, group aku tetap dapat markah tinggi :)


3) HUMAN RESOURCE. 

Lebih kurang sama macam IR. Cuma subjek ni banyak buat presentation dan boleh dikatakan hampir setiap soalan yang ditanya aku main belasah aja dengan muka confident. Confident level tu kena tinggi, salah ke tak belakang kira tapi nampak sangatlah lecturer aku tau sebab pernah cakap "betul ke?" . BTW i got A for this subject keh.


4) BASIC AGRICULTURAL ENGINEERING.

Berdasarkan tajuk memang dah boleh tangkap ni subjek apa. Aku belajar pasal enjin bermula daripada benda basic iaitu jenis-jenis alatan tangan sampailah kira-kira. Subjek ni pun aku blur-blur katak dan selalu otak aku melepet bila duduk dalam kelas, mungkin sebab subjek ni aku tak minat macam aku minat IR dengan HR.


5) COST & MANAGEMENT ACCOUNTING.

Sama macam akaun semester lepas juga tapi kali ni lagi best dan asgmnt pun makin payah. Bersyukur sangat dapat group members yang rajin dan paling penting pandai kalau tak payah lah weyh nak harap otak aku je. Lama-lama cair. A juga dalam tangan.


6) AGRICULTURAL RESEARCH METHODS.

Subjek statistik adalah yang paling aku tak suka sebab chapter yang terlampau banyak dan banyak anak-anak chapter. Mula-mula okay je aku buat lama-lama aku sendiri keliru mana satu jalan kerja mana satu formulanya. Akhirnya aku kecundang tapi tak fail. Cuma sedih je lah sebab subjek lain semua B+ sikit lagi nak A tapi statistik ni emmmm. Tapi Alhamdulillah untuk apa yang aku dapat. Salah sendiri sebab tak pandai nak manage masa dan suka melilau tak tentu arah.



DRAMA YG DIBESAR- BESARKAN



Akhirnya dan sampai penghujung juga entri aku ni setelah berbulan lamanya duduk dalam draft sahaja. Ohh ye pasal drama tu sebenarnya bermula dengan entri aku yang lepas pasal pengalaman aku dari Semester 1-3 . Dah nama pun pengalaman mestilah aku tulis apa yang jadi dan nampaknya ada yang "butthurt"  dengan apa yang ditulis sedangkan tak sebut nama sesiapa pun dalam entri tu. Majority entri pasal pengalaman lepas ni tak merujuk pada mana-mana individu atau kumpulan pun(kecuali entri ni) . Peliknya aku entri ni dibaca oleh someone daripada kampus lain, disebar-sebarkan sampai jadi viral dan berita ni sampai dekat aku sebab ada someone yang cerita. Lol. Rupanya ramai yang "butthurt" pasal entri aku tu, diaorang ingat aku bercerita pasal betapa tak best nya diaorang ni sedangkan aku menulis tentang keadaan diri aku sendiri. Sampaikan ada yang bertanya dan nak cari siapa pemilik blog ni tapi nasib lah batch aku sendiri backup walaupun aku tak dikenali. 





OHH yeah btw KG dengan MT kerohanian ada suruh orang sampaikan dekat aku supaya sebut pasal diaorang dalam entri aku. Okk pesanan korang dah diterima dan aku dah sebut. :)