Menang hadiah handsock daripada Awrah Exclusive.


Assalamualaikum.

Akhirnya datang juga keinginan untuk update blog. Segala komen aku dah reply walaupun lambat beberapa hari. Sebenarnya aku nak tutup je blog ni tapi bila fikirkan balik, baik aku biarkan je dan bagi orang lain baca terutamanya yang akan masuk DPIM.

--------------------
Hari tu aku ada masuk 1 contest handsock  dekat FB. Lama jugak aku teringin handsock jenama Syahira cuma aku masih tak dapat beli sebab kurang bajet. Semua warna cantik dan comel sangat tapi aku ni jenis suka warna hitam dan putih bila pakai handsock. Senang lah sikit nak matching dengan baju. Dekat bawah ni aku tunjuk sikit antara handsock jenama Syahira dan link page.








Setakat ni, itu sahaja jenis handsock yang aku jumpa. Paling aku suka yang last sekali ni. Masa diumumkan beberapa orang pemenang oleh Kak Izah, aku cuma berharap yang aku antara orang terpilih untuk dapatkan handsock cantik ni. Dan alhamdulillah angan-angan aku tercapai. 

Bila Kak Izah tanya saiz tangan, mula lah aku blur. Bila masa pulak handsock ada saiz ni? Haha. Terus Kak Izah suruh ukur lilit tangan sendiri pakai apa yang patut. Lastnya aku pakai benang dan ukur dekat pembaris. Tak silap aku lah, aku ambil saiz M agaknya sebab risau tak muat.



Taraaaa ni handsock yang aku dapat. Kalau tengok semula gambar yang tadi, aku dapat handsock pertama tu. Cantik jugak warna hitam ni kan. Memang lah cantik sebab aku in love sangat dengan handsock hitam. 

Bila sampai je terus aku bukak parcel dan ayah aku kata dia nak jugak handsock. Ishhh memang tak lah aku nak kasi pakai nanti kembang semangkuk je handsock aku ni. Aku terus cuba dan saiz masa tu memang muat-muat je tapi sekarang dah longgar sikit. 


Harga handsock ni aku tak berapa nak ingat. Korang google je lah sendiri nanti banyak result yang keluar. Sepatutnya handsock tak boleh masuk mesin nanti habis perhiasannya rosak tapi aku ni memang pemalas nak rendam dan perah jadi aku terus je campak mesin. Tapi, aku terbalikkan handsock tu supaya perhiasan tu tetap cantik dan tak tercabut.

Dekat bawah ni aku sertakan sekali link FB personal dan FB page Kak Izah tau.

FB personal: Kak Izah
FB page: Awrah Exclusive