Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ticker

PENGALAMAN PROJEK SEMESTER 2 DPIM DIPLOMA PENGURUSAN LADANG UiTM MELAKA KAMPUS JASIN


Assalamualaikum.

Akhirnya tamat juga semester 2 yang sangat tough ni. Semester kali ni tak ada subjek mengira jadi kerisauan bateri calculator dapat dielakkan. Makin naik semester makin banyak projek dan duit habis digunakan.

PENGALAMAN PROJEK SEMESTER 2 DPIM DIPLOMA PENGURUSAN LADANG UiTM MELAKA KAMPUS JASIN




Selain tu kitaorang ada pergi field trip selama 1 hari. Tapi field trip ni ada projek juga yang sedang menanti. Trip pertama aku pergi Taman Botani. Projek untuk Taman Botani adalah berkaitan dengan subjek landscape. Jadi merayau lah  dekat Taman Botani ni, snap gambar dan selfie sikit-sikit. 

IMG_20150912_114015
Taman Botani

landscape, dpim, uitm jasin, uitm melaka



Projek landscape yag kami kena siapkan secepat mungkin. Nampak mudah tapi hakikatnya sangat payah. Aku bernasib baik ada ahli kumpulan yang mengambil gambar untuk projek ini. Kalau tidak, alamatnya memang salah buat dan markah yang diberi oleh pensyarah akan berkurangan.

Dan akhirnya 2nd trip ke Fruit Farm Melaka. Masa ni badan dah letih. Masuk dalam bas terus lelap . Nak buat macam mana hati nak balik rumah tapi projek masih belum siap lagi. Dekat sana pula kitaorang kena tengok penyakit pokok dan kenal pasti penyakit jenis apa. Boleh dikatakan dekat mata aku, semua penyakit lebih kurang sama sahaja rupanya. Pening juga nak pastikan ini penyakit apa dan itu penyakit apa. 

IMG_20150912_165620_HDR


IMG_20150912_155812


IMG_20150912_174627

Dekat sana kitaorang wajib tangkap gambar setiap penyakit yang menyerang pokok, buah ataupun daun. Dalam group aku, masing-masing ada tugas sendiri. Yang pasti aku tak kan catit info yang diberikan sebab aku ni jenis yang cepat sangat mengelamun. Jadi aku ditugaskan untuk tangkap gambar dan masa tu juga aku dapat fon baru, memang seronok gila kentang ler.


Catat Ulasan

0 Ulasan