HADIAH DARI GIVEAWAY BUKU {PRE-LOVED} DAH SAMPAI :)

Hadiah “Giveaway ….” dari KC dah sampai.

Assalamualaikum.  Akhirnya buku yang aku menang dari giveaway KC dah sampai. Sebenarnya buku ni dah lama dekat ofis tapi aku je yang tak pergi ambil lagi :p . Jadi hari tu  aku pergi ofis dan terus baca isi kandungan buku Laki aku negro kau peduli apa oleh Dr Hayya Bilal Agak lama juga lah baru aku perasan ada sampul surat dalam parcel tu. Aikk? Si dia takda pula bagitau aku fasal apa-apa surat yang sampai.





Bila aku nampak je tulis special untuk kenalan alam maya terus aku cepat buka dan memang aku menjerit dan terkejut bila tengok ada KAD RAYA dalam sampul tu ! Biar betik ! Dah berzaman aku tak nampak dan tak dapat kad raya dan2 je kali ni dapat pula daripada KC. Masa tu aku memang rasa terharu gila sebab masa hari raya pun cuma si dia je yang betul-betul ucapkan Selamat Hari Raya. Yang lain semua mesej copy paste haha.  Jom tengok apa yang ditulis oleh cik adik KC kita ni.


Muka depan kad raya.



Sepanjang-panjangnya cik KC ni mengarang untuk aku. Terharu beb dapat mesej bukan copy paste haha. KC jangan risau confirm buku ni dijaga dengan elok dan rapi siap ada rumah tau khas untuk buku.  Sekarang ni aku baru je baca separuh. Nantikan post seterusnya fasal review buku Laki aku negro kau peduli apa? 

*Jangan lupa visit KC tau dekat http://kimchaa.blogspot.my/

2 comments:

  1. singgah
    http://belogs.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Teringin nak baca buku ini..
    Kena masukkan dalam list nie..
    Tahniah airi sebab menang buku nie..

    ReplyDelete