Hadiah handsock 2 style + pengalaman pakai handsock.


Assalamualaikum.

Sudah sedia maklum yang aku memang penggemar handsock tak kira yang comel mahupun yang plain. Masa aku mula-mula belajar pakai handsock, aku cuma beli yang murah je. Alah yang RM5 ada lubang dengan jaring tu. Masa tu rasa handsock ni lah yang paling lawa sebab aku tak tahu lagi kewujudan bermacam-macam jenis handsock dekat dunia ni. Perasaan nak mula pakai pun sebab tengok kawan-kawan aku beria pakai siap boleh matching dengan tudung diaorang :P Aku pula pergi beli handsock warna pink cair dengan ungu cair haha aigoo. Apa benda lah taste aku masa tu.

Jadi lama-kelamaan aku jadi selesa pakai handsock. Perasaan seronok tu datang secara tiba-tiba. Dan aku rasa tak selesa langsung kalau lengan terdedah walaupun cuma pergelangan tangan ( untuk pengetahuan semua, aku tak pakai tudung labuh) . Mungkin ada sesetengah orang pelik tengok aku sebab aku cuma pakai tudung bidang 45 dan shawl 2m x0.8m (yang semestinya tutup bahagian depan) tapi aku pakai handsock. Yelah. Handsock kan terkenal di kalangan perempuan yang pakai tudung labuh dan bertutup. :(

Lama-kelamaan aku dapat tahu fasal handsock yang ada pelbagai design dan warna. Sumpah aku nak sangat 1 handsock ni. Selalu aku usha Instagram dengan Facebook penjual handsock ni sampai aku sendiri tak ingat berapa lama aku sibuk berangan dapat pakai handsock comel tu(ada reben). Satu hari owner dia buat contest dan alhamdulillahh aku menang dan hadiah yang aku dapat adalah handsock yang aku dok berangan daripada dulu lagi. Nak tengok rupa hadiah tu tak?





Tadaaa ! Comel kan. Bila sampai dekat tangan aku je terus aku cuba dan memang sangat lembut lah dia punya kain. Sejuk je tau. Tapi malangnya tangan aku ni halus sangat. Jadi dekat bahagian lengan memang longgar & selalu sangat mengengsot ke bawah. Tak silap aku nama handsock ni Aira. Kalau korang nak tahu, Aira ni boleh buat macam-macam gaya tapi aku hanya berjaya buat 2 style macam kat bawah ni je.






Kalau korang tengah mencari dan nak cuba Aira ni boleh lah pergi sini ( TEKAN)