Menang hadiah daripada Azatiesayang




Assalamualaikum. Niat di hati sebenarnya nak update segala hadiah yang aku dapat tapi akhirnya semua terkubur disebabkan anime (salahkan orang lain). Memang sejak azali aku jenis suka join giveaway tak kisah dekat Facebook, Blog dan Instagram sekalipun aku tetap akan join tapi majoriti aku menang pun melalui blog. Bila diingatkan balik memang banyak sangat hadiah aku dapat daripada topup sampai lah buku cuma aku pun terfikir nak update dekat sini -_-


Rezeki aku menang banyak giveaway dan contest tapi selalunya bermusim jugaklah. Contoh sekarang musim aku tak akan menang apa-apa giveaway LANGSUNG dan hari tu adalah musim aku menang macam-macam hadiah sampai terpaksa bagi dekat orang lain.


Post kali ni aku tujukan khas pada Azatiesayang kerana telah bermurah hati buat giveaway perencah bakar. Ahh jangan gelak lah kau. Kalau perencah takda, ingat sedap ke nak buat ikan bakar ? :p Giveaway ni ada macam-macam hadiah sebenarnya macam DEODARANT  REWITE(ingat kalau menang ni nak kasi mak aku) ,AQUARA ESSENCE SPRAY, LIPSTIK ACTIVE topup dan hadiah utamanya ialah perencah ikan bakar. Aku pun join lah dengan harapan menang hadiah biasa-biasa je. Sekali aku menang hadiah utama dan paling kelakar aku boleh tak sedar yang aku tersenarai dalam kalangan yang bertuah :p



Bagi yang tak tahu perencah ni bukan je untuk makan cicah dengan ikan bakar je. Alahai kalau macam tu muak tekak ni labu oi , kak Azatie kata boleh buat perencah untuk meehun sup , bakso dan apa-apa yang rasa sesuai lah. Aku bukan reti masak pun tak kan nak suruh aku senaraikan pula kan tunggu je lah mak aku masakkan. :p


Sebenarnya perencah ni aku belum ambil lagi dekat si dia. Harap-harap dia tak makan perencah ni senyap-senyap -_- . Aku gerenti yang perencah ikan bakar memang sedap. Akhir kata terima kasih banyak-banyak untuk hadiah ni. Tak sabar nak suruh mak masak dan aku makan. Haha.


Siapa yang nak beli boleh lah contact kak Azatie melalui medium bawah ni.

Blog: http://azatiesayang.blogspot.my/
Facebok: https://www.facebook.com/kak.yang.9


2 comments:

  1. Salam....Terima kasih join GA kak atie & TAHNIAH menang lagik!!!!
    Terima kasih jg review biz perencah ikan bakar kak atie....selamat menikmatinya bersama kluarga trsyg.
    Bg yg nak order...blh colling2 Kak atie yer....

    ReplyDelete
  2. Sedap tau Airi.. kak Sha dah cuba buat..

    ReplyDelete