HADIAH HANDSOCK RUFFLE


Assalamualaikum. Handsock ni sebenarnya dah lama aku dapat tapi entah macam mana tak terfikir pun nak update sini. Jadi disebabkan aku memang berazam untuk update hadiah yang aku dapat secara berperingkat dekat blog ni maka bertabahlah diri sendiri mencari idea untuk menulis. Lagipun ada orang komen kata yang post aku buat terlalu pendek dan tak seronok nak baca. -_- ! What berani betul dia komen begitu , memang kecil besar je aku tengok.

Sebelum tu siapa yang nak tengok antara hadiah yang aku pernah dapat boleh klik link ni. ( HADIAH)

---------------------------------

Seingat aku lah kan handsock ruffle (suka hati je bagi nama) ni aku menang dekat Facebook tapi kali ni daripada salah seorang agen Rizqi Ammara. Siapa yang tak pernah baca lagi pasal RA ni boleh tengok post aku sebelum ni mengenai handsock reben yang aku menang daripada owner RA ( SINI ) yang berwarna hitam. Kali ni aku dapat warna putih angle. Sesuci debu indah mekar siap ruffle berbunga kau. Sebelum tu aku memang pakai handsock RM5 je yang memang tak sampai beberapa minggu dah rosak dan tercarik. Boleh dikatakan berzaman juga lah aku usha je handosck ruffle ni tapi tak berani beli lagi sebab tangan aku memang halusssssss.



Ni lah handsock ruffle tu. Gigih beb aku cari balik gambar handsock ni dekat fb RA. Haha. Comel kan. Warna kelabu ni pun aku suka juga. (semua suka) dan gambar bawah ni handsock yang aku dapat.



Ini tangan aku yang sekarang (tau gemok) . Putih suci kan handsock ni , macam mana aku tak jatuh cinta? Sampai sekarang masih elok lagi walaupun berjuta kali jugaklah aku pakai dan ada kesan tercarik sikit. kehkeh. Material dia sangat superb. Memang tak panas dan sejuk walaupun tak sesejuk macam handsock reben tu. 


Alhamdulillah. Terima kasih atas hadiah ni. Tak silap aku nama agent tu Izyan :)


2 comments: