Berjaya tebus barang dengan Woop.my


Assalamualaikum. 

Pernah dengar woop.my? Tahu tak yang sebenarnya kita boleh dapat percuma dengan hanya menjawab survey yang disediakan? Nampak macam tipu kan? Percayalah benda ni benar-benar belaka dan aku dah berjaya tebus bukan 1 tapi 3 barang daripada woop.my ni.

Barang pertama yang aku tebus ialah Dettol vanity kit. Sebenarnya tisu basah (wet tissu) jenama Dettol dan sesiapa yang kenal dengan aku akan tahu yang aku ni wajib ada wet tissue dalam simpanan tak kisahlah jenama apa sekali pun. Walaupun dah banyak kali aku kena ejek dan ramai sangat tanya nak buat apa wet tissue ni? Nak lap bontot baby? -_- Jawapan aku senang. Orang pembersih selalunya ada wet tissue. 

Barang kedua pula yang aku tebus sebenarnya tisu basah juga. Kiranya aku dapat dua peket tisu basah lah. Semuanya disebabkan aku salah letak alamat jadi aku tebus buat kali kedua dan rupa-rupanya tebusan aku yang pertama tu sampai juga ke destinasi. 


Barang ketiga aku dapat ialah pampers new born saiz M. Tak silap aku jenama Fitti Gold dan aku kena buat cabaran yang disediakan tapi malangnya aku nak sarungkan dekat siapa sebab saiz M terlalu kecil. Aku harap sangat selepas ni aku berhati-hati dalam memilih cabaran dan survey yang disediakan haha.

Ehem, Tak kan tengok je aku dapat barang free? Seronok tau dapat barang free walaupun kecil je. 

Ikut je langkah dekat bawah ni dan register.


1) Click website ni. woop.my

2) Daftar macam biasa.

3) Dah selesai daftar boleh terus buat survey yang disediakan. Lepas point yang terkumpul cukup, bolehlah korang tebus apa-apa yang korang berminat.