Lazada Birthday Blogger Contest

a) What do you love about Lazada Malaysia? 
b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products) 

c. How do you think Lazada Malaysia can improve? 
d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 


1) Apa yang Airi suka tentang Lazada Malaysia?


  • Pelbagai produk.

Dekat Lazada Malaysia ada lambakan barang dari barang elektronik hingga barang bayi sampaikan Airi sendiri tak habis usha semua barang yang ada dekat Lazada Malaysia tu haa.


  • Keselamatan setiap pengguna terjaga.
Bagi Airi, keselamatan dari segi data peribadi seperti alamat dan nombor telefon amat penting. Tapi dekat Lazada Malaysia , Airi tak perlu bimbang sebab Airi tahu bahawa pihak Lazada Malaysia sendiri akan sentiasa menjaga data pelanggan dari segi transaksi dan sebagainya.

  • Free postage dan cod.
Cuba bagitahu Airi sekarang siapa yang tak suka free postage? Ehh Airi suka tau. Melampau-lampau sukanya. Tapi pada yang jenis suka COD pun Lazada Malaysia pun ada sediakan perkhidmatan COD atau lebih dikenali sebagai cash on delivery. Bungkusan juga sentiasa dalam keadaan yang baik dan barang pun terbaikkkk.

  • Selalu ada sale.
Lama dah sebenarnya Airi perhatikan Lazada Malaysia ni memang selalu sangat buat sale dan makin buat Airi sayang sangat dekat Lazada Malaysia ni. kuikui.



2) Tiga produk pilihan utama dari Lazada Malaysia.

  • Apple iPhone 7 Plus 128GB (Jet Black)  


Sebab utama Airi pilih Je Black ni ialah Airi dah lama sangat tak tukar phone baru. Yang Airi tengah pakai sekarang ni pun asyik hang dan screen berkelip-kelip. Airi sendiri pun tak pernah langsung pakai Iphone atau mana-mana item Apple ni disebabkan kesempitan wang. Jadi Airi harap dengan join contest ni dapatlah Airi merasa pakai Iphone 7 Jet Black ni. Amin.

  • Apple MacBook Air 13 MMGG2ZP/A 13.3" Laptop (i5 1.6GHz, 8GB, 256GB, Intel HD, OS X El Capitan)  


Produk kegemaran Airi yang kedua seperti di atas. Laptop yang Airi pakai sekarang ni uzur dan tua. Selalu juga laptop ni kena ejek dengan orang lain sebab uzur sangat tapi dah lama sangat berbakti dekat Airi. Selalunya Airi tengok je orang lain pakai MAC jadi berharap sangat contest kali ni Airi menang sebab laptop sekarang pun hidup segan mati tak mahu je.


  • Coach Crossgrain Leather Mini Sierra Satchel handbag.


Ini adalah produk ketiga kegemaran Airi. Nak tahu handbag apa yang Airi tengah pakai sekarang? Nothing. Yup. Airi tak pakai handbag langsung. Airi cuma ada dompet yang boleh sumbat sekali phone dan duit. 


3) Apa pendapat anda supaya Lazada Malaysia dapat meningkatkan lagi perkhidmatannya?

Semakin hari semakin bagus. Keep up the good work. Cuma dari segi kualiti barang perlu dijaga supaya pelanggan keep on coming back.


4 Ucapan kepada Lazada Malaysia.
Image result for happy birthday

Selamat Hari Jadi dan Airi harap Lazada Malaysia semakin maju dan mungkin 1 hari nanti Lazada Malaysia akan dapat menajdi one of the top entrepreneur. Airi bangga dengan Lazada Malaysia.