End Of Semester 2 DPIM (Projek)



Akhirnya tamat juga semester 2 yang sangat tough ni. Semester kali ni tak ada subjek mengira jadi kerisauan bateri calculator dapat dielakkan. Makin naik semester makin banyak projek dan duit habis digunakan.




Selain tu kitaorang ada pergi field trip selama 1 hari. Tapi field trip ni ada projek juga yang sedang menanti. Trip pertama kitaorang pergi Taman Botani. Projek untuk Taman Botani adalah berkaitan dengan subjek landscape. Jadi merayau lah kitaorang dekat Taman Botani ni , snap gambar dan selfie sikit-sikit. 
IMG_20150912_120425
Taman Botani


IMG_20150912_114015
Taman Botani

C360_2015-09-12-11-10-09-369

Dan akhirnya 2nd trip ke Fruit Farm Melaka. Masa ni badan dah letih. Masuk dalam bas terus lelap . Nak buat macam mana hati nak balik rumah tapi projek masih belum siap lagi. Dekat sana pula kitaorang kena tengok penyakit pokok dan kenal pasti penyakit jenis apa . 

IMG_20150912_165620_HDR

IMG_20150912_155812

IMG_20150912_174627

Dekat sana kitaorang wajib tangkap gambar setiap penyakit yang menyerang pokok, buah ataupun daun. Dalam group aku, masing-masing ada tugas sendiri. Yang pasti aku tak kan catit info yang diberikan sebab aku ni jenis yang cepat sangat mengelamun. Jadi aku ditugaskan untuk tangkap gambar dan masa tu juga aku dapat fon baru, memang seronok gila kentang ler.


DPIM Planter's Camp . Diploma Pengurusan Ladang Dan Agroteknologi Uitm

Untuk pelajar sem 1 , kitaorang wajib ikut satu camp yang dinamakan Planter's Camp. Perasaan aku masa tu mestilah tak suka, rimas and of course benci. Yelah sebab aku ni bukan jenis yang kuat dan suka ber - 'camping' . Aku ni hanya jenis yang suka menghadap laptop dan duduk rumah je. Kadang-kadang pun kuat  berangan senang cerita aktiviti berpeluh ni memang aku tak suka. So berbalik pada cerita tadi, Planter's Camp ni dibuat selama 2 hari 1 malam  dan diadakan di sekitar kawasan Uitm jugak.


Untuk hari pertama kitaorang dah kena bayar denda disebabkan ada salah seorang yang tak jujur dan tak ikut kumpulan yang diberi. Masa tu aku rasa geram nak bagi pelempang je dekat siapa yang menipu tu. Fyi, kitaorang mengamal kan 1 perkara iaitu Unity yang maksud bersatu lah kan. Jadi kalau sesiapa yang buat hal walaupun seorang , 1 batch akan bertanggungjawab dan kena. Haha :p .

Screenshot%2B(11)
DPIM Planter's Camp . Diploma Pengurusan Ladang dan Agroteknologi Uitm 



Antara aktiviti yang dijalankan untuk malam tu ialah malam tunjuk perasaan. Lelaki dan perempuan diasingkan & kitaorang diberi 1 situasi iaitu , semua perempuan merupakan pekerja pada lelaki dan akhirnya memberontak sebab gaji tak bayar, kalau bayar pun lambat dan tak cukup. So kitaorang diminta untuk selesaikan problem ni. Pergh aku cakap malam tu "bergaduh" macam hapa tapi of course lah berlakon je kan. Kau jangan ingat budak ladang tak pandai berlakon. Haha. 


Ehhhh aku lupa yang sebelum part "bergaduh" , kitaorang kena cari pasangan masing-masing dan "gaduh" lah dengan diaorang pulak. Lantak lah nak "gaduh" pasal apa takda sapa nak marah. Aku dengan member aku "gaduh" pasal loghat sebab aku tak paham dia cakap apa. Dia Terengganu, aku pulak N9 memang sah lah aku tak paham langsung sebab sebelum ni dia cakap biasa je. Malam ni pulak keluar segala loghat ganu dia tu hahaha. 

Korang bayangkan 1 batch "gaduh" sama sendiri tapi serius memang enjoy dan kitaorang dilarang untuk gelak dan senyum. Kecoh betul malam tu dan semua orang gaduh gelak gaduh gelak. Supervisor pulak jalankan tugas diaorang ambil baldi , isi air dan simbahhhh ah apa lagi. Terkejut aku kena simbah tiba2. Dah lah aku ni jenis yang cepat sejuk. So malam tu aku "bergaduh" sambil menggigil-gigil.
Screenshot%2B(8)
DPIM Planter's Camp . Diploma Pengurusan Ladang dan Agroteknologi Uitm
Screenshot%2B(9)
DPIM Planter's Camp . Diploma Pengurusan Ladang dan Agroteknologi Uitm 

Masa makan pun kena disiplin. Macam korang nampak pinggan kena selari dan semua kena sama-sama. Selagi pinggan tak selari dan lurus, jangan harap lah dapat makan minum. Sebelum makan pula wajib tunggu semua duduk dan ajak lect, SV dan kawan-kawan makan. Masa ni aku tahu yang kitaorang diajar supaya beradab dan hormat pada orang lain.



Screenshot%2B(10)
DPIM Planter's Camp . Diploma Pengurusan Ladang dan Agroteknologi Uitm

Banyak lagi aktiviti. Dah nama pun camp. But i think sampai sini jelah :)