Pengalaman Sem 1 Diploma Perladangan Dan Agroteknologi Uitm Melaka Kampus Jasin (DPIM)

Pengalaman sem 1 Diploma Perladangan dan Agroteknologi Uitm Melaka Kampus Jasin (DPIM)

Alhamdulillah . Akhirnya aku dah habis semester 1 untuk Diploma Perladangan dan Agroteknologi (DPIM) . Banyak benda yang aku belajar sebenarnya sepanjang aku berada kat  sini. Walaupun tak da lah jauh mana dari Negeri Sembilan but you will know when you get here. Aku belajar menghargai benda walaupun hanya benda yang sangat simple dan tak berbaloi bagi orang lain.

But sebelum tu ni yang aku study for the whole 1 semester. Semua belajar dalam English kecuali CTU.

  • CTU 101 – Pendidikan agama
  • CHM 138 – Basic Chemistry
  • ELC120 – English
  • MAT 112 – Business math
  • AGR 122 – Plant Science
  • AGR 160 – Field Practical
  • HBU – Kokurikulum (diberi 3 pilihan untuk masuk unit uniform yang berkenan dan antara 3 tu korang akan dapat salah 1)

Part paling mencabar dan berjaya buat aku menangis sebab banyak benda segala benda aku uruskan sendiri , aku pergi jumpa staff dan pegawai sana sini. Atas sebab sebelum ni aku ada dapat 2 tawaran iaitu Diploma Pengurusan Perladangan dan Agroteknologi dan Pengurusan Perpustakaan. So I terima untuk DPIM , atas masalah technical, pendaftaran aku ditangguhkan dulu. 

Aku kenal dan aku tau kena jumpa pegawai mana kalau aku ada problem dan aku sangat2 berterima kasih sebab ada je yang sudi dok melayan kerenah aku sampai mereka pun dah boleh ingat nama aku , selalu jumpa punya fasal. 

Aku suggest kalau korang kena masalah yang sama just chill and rilex sebab pegawai kat situ memang laju buat kerja. And on top of that korang akan belajar erti kesabaran dan please jangan menangis macam aku haha.
Masa pembahagian kelas, aku tengok nama aku takda . So masuk lagi ofis dan akhirnya aku kelas paling last dan paling tak ramai student. Ada 16 orang termasuk aku. Problem solved! Tapi masalah lain timbul pulak sebab aku tak jumpa dan tak tau mana kelas aku, siapa classmate aku dan apa yang aku patut buat ni sebab masa aku jumpa pegawai, student lain dah jumpa member sama kelas. 

Tanya senior semua tak tau. Fedup aku terus balik kolej dengan panas teriknya. Haha! Ni pun jangan contohi tau.  Another problem solved. Tapi paling tak boleh blah sebenarnya kat sini terkenal dengan monyet dan aku boleh tak sedar monyet ni ada kat sebelah aku. Nak lari tapi perjalanan tersekat sebab pakai baju kurung.
Untuk field practical ni sebenarnya korang kena masuk ladang dan tanam sayur sayuran. Dan special bagi orang macam aku yang tak pernah dan geli dengan tanah korang kena jugak dan wajib pegang tanah. Perasaan bila tanaman korang dah mula tumbuh , tengok dia membesar atau layu(macam aku punya) semua ada. Supervisor aku selalu ingatkan yang kita ni hanya boleh tanam dan jaga tapi kita kena ingat yang tumbuhkan, hidupkan sayur kita ni hanya Dia  . 

Field Practical diadakan setiap hari Jumaat. Masa aku sem 1, lepas subuh je wajib ada dekat tempat roll call dan setelkan ambil kehadiran. Kalau ada yang datang lambat memang 1 batch kena bantai. Masa tu aku terfikir kenapa lah aku masuk sini :p 


Pakaian untuk masuk ladang.

  •      Baju lengan panjang ( Tak kecik, tak ketat , tak jarang )
  •     Jeans. (Bukan skinny atau sendat atau lengging. Kena besar sebab nanti  nak mencangkul atau buat senaman pagi senang. )
  •      Stoking ( Bukan baby socks. Pakai je stoking sekolah)
  •     Sport shoes ( Elok beli warna gelap sebab aku beli warna terang macam highlight and dah kena tanah memang haru )
  •     Tudung ( WAJIB PAKAI TERMASUK UNTUK YANG FREE HAIR ! Non – muslim je yang tak perlu pakai )


Peralatan yang perlu dibeli. (Bergantung pada SV masing-masing)

1)      But (Macam phua chu kang tapi warna hitam)
2)      Gloves ( Nanti tangan tak luka )
3)      Topi jerami ( Paneh wei kat sana wajib bawak topi ni )
4)      Mini tools


 Last aku nak bagitau yang aku enjoy duduk sini.  Next post: Planter's Camp



Pengalaman sem 1 Diploma Perladangan dan Agroteknologi Uitm Melaka Kampus Jasin (DPIM)